dua

(jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dengan tiga;
~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12);
~ kalimah kalimah syahadat;
~ puluh (jumlah) sepuluh didarabkan dengan dua (20);
~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dengan dua (200);
~ sejoli dua orang kekasih yang sangat rapat;
~ serangkai dua orang yang terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama);
~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga;
angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang);
main ~ puluh satu sejenis permainan terup;
~ badan senyawa (peribahasa) karib sekali;
~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = seperti lima belas dengan tengah ~ puluh (peribahasa) sama sahaja;
antara ~ tengah tiga (peribahasa) orang sakit yang hampir mati;
dalam ~ tengah tiga (peribahasa) tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yang tidak tetap, bimbang;

dua-dua
1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dan lain-lain), dalam kelompok-kelompok dua:
ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang;

2. = dua-duanya dua kesemuanya:
~(nya) sama sahaja;

berdua bersama-sama (dua orang), bersama dengan seorang lagi:
Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi;
saya ~ dengan adik saya pergi memancing petang semalam;
~ hati
ki tidak jujur, mencabangkan kasih;
karam ~ basah seorang (peribahasa) dua orang bersalah, hanya seorang yang dihukum;

berdua-dua = dua-dua;

berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua:
kerana berasa kurang sedap berada ~ dalam bilik dengan seorang gadis, maka dia pun keluar;

mendua
1. menjadi dua (berkenaan (dengan) fikiran, perbuatan, dan lain-lain):
bunyi gendang itu hanya segelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi;
dengan tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun;
~ hati
bimbang;
~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan;

2. kencang berlari (kuda);

menduai menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua:
kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dengan yang lain;
~ isteri
mengambil isteri kedua;
~ laki berkhianat kepada suami (isteri yang bermukah);

menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami):
pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dalam hatinya;
~ Allah
menganggap (melakukan spt) ada yang berkuasa selain Allah;

menyeduai [Minangkabau] mengurus ternak (sawah dan lain-lain) orang dengan berbahagi keuntungan;

menyeduakan [Minangkabau] menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan:
~ sawah;

perdua
1. = seperdua setengah, satu daripada dua;
seperdua umur (baya) separuh umur;

2. perkongsian (tanaman dan lain-lain);

berperdua berbahagi dua, berkongsi dua:
Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kepada Bibah untuk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung;

memperdua
1. membahagi dua (untung, hasil, dan lain-lain):
keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi;

2. mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) orang dan hasilnya dibahagi dua:
saya tidak sanggup untuk ~ sawah saya yang sebidang itu;

memperduakan
1. = menduakan;

2. menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan, memawahkan;

kedua
1. (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor dua:
pertunjukan yang ~ ialah tayangan filem Hindustan;

2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya):
kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya;
kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;

keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur:
~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam;

penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dan lain-lain), pemawahan;

pendua
1. benda yang dijadikan cadangan (kapit, teman) seperti keris dan lain-lain:
keris tempa Melaka yang panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga;

2. yang dibuat serupa dengan yang asal (berkenaan (dengan) salinan dan sebagainya);
kertas ~ kertas untuk membuat salinan surat dan lain-lain dengan menggunakan sejenis alat;
mesin ~ mesin untuk membuat salinan-salinan surat dan sebagainya.

berkongsi