berderai, berderai-derai
1. berlanjutan atau berpanjangan dengan tidak teratur:
sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ daripada anak-anak muda yang sedang belajar bersilat;
kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi;
2. dengan banyak dan tidak menentu (berkenaan (dengan) buah, daun, dan lain-lain yang gugur atau jatuh ke tanah);
3. berduyun-duyun dengan tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dengan teratur (berkenaan (dengan) orang ramai yang meninggalkan sesuatu tempat):
orang berderai-derai keluar dari gereja;
4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (berkenaan (dengan) tanah dan lain-lain):
buah bidara dalam bakul itu jatuh ~ ke tanah;
ketul-ketul tanah itu hancur ~ dalam genggamannya;
5. (jatuh) bertitik-titik (berkenaan (dengan) air mata dan lain-lain), menitis (titik demi titik):
bila tersentuh, air yang bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi;
kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi (peribahasa) orang yang bercakap besar sedang keluarganya melarat;
deraian perihal berderai-derai.