dengki

1. = kedengkian kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat, niat jahat yang terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati):
tiada aku mengadakan segala perkataan ini oleh sebab ~;
difitnahkannya pemuda itu kerana ~nya;

2. = berdengki menaruh perasaan benci (niat jahat dan sebagainya) terhadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yang amat sangat:
apalah gunanya kita ~ sesama kita;

berdengki-dengkian saling berdengki;

mendengki dengki pada (terhadap), menaruh kebencian (niat jahat) terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yang amat sangat):
tidak ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri;

dengki-mendengki saling berdengki:
semua penduduk Madinah tidak harus bermusuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain;

pendengki (orang yang sifatnya) suka mendengki:
Ahmad itu ~ sungguh orangnya.

berkongsi