dalam I

1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan sebagainya), jarak (jauhnya) ke tengah dari tepi atau pinggir sesuatu:
~ perigi itu kira-kira empat meter;

2. jauh ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan lain-lain) atau jauh ke tengah dari tepi atau pinggir (hutan dan lain-lain), jauh jaraknya di antara paras permukaan dengan dasar, tidak cetek:
lubang itu ~ sungguh;
jangan suka berenang di tempat yang ~;

3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih daripada sekadar yang perlu sahaja:
dia mempunyai pengetahuan yang ~ tentang hal itu;

4. mengandungi makna yang tidak mudah difahami (berkenaan (dengan) perkataan, ungkapan, dan sebagainya), lebih daripada yang terzahir:
perkataan ini ~ maknanya;

5. tidak ceper (leper), jeluk (berkenaan (dengan) pinggan atau piring);

6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dan lain-lain) yang lawannya luar:
diambilnya sepucuk surat dari ~ laci itu dan dihulurkannya kepada saya;
dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya;

7. yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu (seperti negeri, keluarga, dan lain-lain) itu sendiri:
urusan ~ negeri;
masalah ~ keluarga;

8. yang tidak nampak atau ketara dari luar:
penyakit ~;

9. yang dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya:
baju ~;
seluar ~;
~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba)
(peribahasa) berpada dengan yang sedikit;

sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yang dinyatakan):
digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;

sedalam-dalamnya
1. seberapa dalam yang mungkin:
menggali ~;

2. dengan seberapa teliti atau terperinci:
perlu difikirkan ~ cadangan yang dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;

berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dan sebagainya), menjadi-jadi;

mendalam
1. menjadi dalam atau lebih dalam (berkenaan (dengan) lubang dan sebagainya), bertambah dalam:
lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat;

2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (berkenaan (dengan) perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dan lain-lain), menjadi berat, melarat (berkenaan (dengan) penyakit dan lain-lain):
perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~;
kebencian yang ~;
tradisi lama di kampungku terlalu ~;

3. sampai ke peringkat yang terperinci (berkenaan (dengan) kajian dan sebagainya), luas dan teliti (meliputi banyak aspek):
kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;

mendalami, memperdalami berusaha untuk mengetahui (sesuatu) dengan lebih luas dan terperinci dengan mempelajari (mengkaji, menyelidik, dan sebagainya) dengan teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dan sebagainya tentang sesuatu):
mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab untuk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam;
masing-masing ~ bidang yang diminatinya;

mendalamkan
1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dan lain-lain):
beberapa orang pekerja sedang ~ telaga;

2. = memperdalam [kiasan] menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dan sebagainya):
ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik;
perkembangan profesional memberi fokus kepada intelektualisme, iaitu kepada memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;

dalaman
1. isi perut;

2. yang tersembunyi dan tidak mudah difahami (berkenaan (dengan) makna ayat, kata-kata, dan sebagainya):
kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yang diucapkannya itu;

3. (yang) berkaitan dengan atau perlu diuruskan dan sebagainya oleh sesuatu organisasi itu sendiri;
struktur ~ (Linguistik) (dalam tatabahasa generatif) gambaran yang diandaikan terdapat dalam struktur sesuatu ayat pada peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungaan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);

kedalaman
1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dan lain-lain):
kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang;

2. [arkaik] terlalu dalam;

pedalaman daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu:
dia menjadi orang yang paling berpengaruh di daerah ~;
penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;

pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dan lain-lain) mendalamkan.

berkongsi