1. (berasal) dari tempat lain atau dari luar negeri (berkenaan (dengan) orang, barang, dan lain-lain), asing:
dengan perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; 
anak ~ orang asing, orang yang berasal dari tempat (negeri) asing;
 beras ~ beras yang diimport dari luar negeri;
 orang ~
a) orang asing;
 b) orang yang berniaga, saudagar;
 pegawai ~ pegawai yang bertugas di negeri orang;
2. orang yang merantau atau mengembara, perantau:
akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; 
orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 
3. perniagaan, jual beli:
aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; 
tanaman ~ tanaman yang hasilnya diperniagakan;
4. barangan untuk diperniagakan, barang jualan:
maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah;
~ melarat orang yang merantau dan hidup menderita di tempat orang;
 ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara);
 ~ senteri berbagai-bagai orang asing yang mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dan lain-lain);
laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan (peribahasa) urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain;
 perahu bertambatan, ~ bertepatan (peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya;
berdagang
1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dengan pembeli atau penjual dari tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli:
mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; 
dia memperoleh banyak keuntungan dengan ~; 
2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain:
sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yang datang ~ ini menghitamkan kampung yang putih bersih itu;
mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dan lain-lain) sesuatu untuk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing):
rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sebagai menjual kambing, lembu, atau ayam itik; 
Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain;
dagangan barang-barang yang diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing):
pada ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak;
~ bersambut 
a) dagangan yang diambil dengan berhutang;
 b) dagangan yang diamanahkan;
 ~ cergas urus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yang besar;
 ~ keluar barang yang dieksport;
 ~ lembap urus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat untuk memasuki pasaran atas sebab tertentu;
 ~ masuk barang yang diimport;
 ~ bersambut yang dia jual (peribahasa) cerita dari orang lain yang diceritakannya kembali;
perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara):
cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; 
usaha-usaha untuk memajukan ~ antara negara-negara yang sedang maju;
 ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini;
 ~ bebas perdagangan antarabangsa yang tidak dikenakan sebarang sekatan seperti kuota atau tarif terhadap barang import dari sesebuah negara;
 ~ entrepot perdagangan mengimport barang untuk dieksport semula (seperti yang dijalankan di pelabuhan seperti Singapura, Hong Kong, dan lain-lain);
 ~ gelap perdagangan yang dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dan lain-lain);
pedagang orang yang menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dengan negeri asing), orang yang berdagang, saudagar:
kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan daripada merapati pantai negeri Jepun;
~ borong pedagang yang menjual dagangan secara borong kepada pekedai;
 ~ kecil pedagang yang berdagang dengan modal yang kecil;
 ~ perantara pedagang yang menjual barang-barang daripada saudagar besar kepada saudagar kecil, pedagang yang berlaku sebagai orang tengah;
 ~ runcit orang yang menjual barang-barang terus kepada umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dengan sedikit-sedikit.