1. pisah, sarak;
2. tidak sebagai suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sebagai suami isteri, talak:
 ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; 
~ susu sudah berhenti menetek;
 ~ taklik cerai antara suami isteri dengan janji (seperti gugurnya talak dengan sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran);
 ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal;
bercerai
1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah:
 malam ini kita berkampung, malam esok kita ~;
2. terputus hubungan atau pertalian sebagai suami isteri:
 mereka yang menjalani perkahwinan yang dipaksa-paksa seperti itu, ~ juga akhirnya;
~ susu berhenti menetek;
 ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi (peribahasa) perhubungan jenis lelaki perempuan yang tidak sah (seperti pelacuran dan lain-lain);
bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-pecah, berpisah-pisah;
menceraikan
1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi:
 jiwa paman akan beta ceraikan dengan badan paman; 
baiklah kepalaku perceraikan dengan badanku;
b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dan lain-lain);
2. memutuskan perhubungan sebagai suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak:
 Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya;
3. memberhentikan (anak daripada menetek), menyapih, menyarak;
mencerai-ceraikan menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan:
gunakan dua garpu untuk ~ daging yang telah direbus;
 tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing:
 bahan-bahan untuk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini;
 ceraian
1. bahagian atau fasal kecil (dalam undang-undang, penyata, surat perjanjian, dan lain-lain);
2. bahagian daripada tulisan (cetakan dan lain-lain) yang nampak tercerai daripada bahagian lain, perenggan;
perceraian
1. perpisahan, perpecahan;
2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);
penceraian perihal (perbuatan) menceraikan.