utit

mengutit meniup (serunai, seruling):
maka nobat pun dipalulah dan nafiri pun diutitlah terlalu merdu bunyinya.

uting II

[Terengganu] anak padi yang dicabut dari tapak semaian dan diikat-ikat:
dia mencedung lapan ~ sepanjang pagi.

uting I

[Kelantan];

menguting, mengutingkan menghalakan (laras senapang dan lain-lain), membidik.

utiliti

(Komputer) perkakasan atau atur cara sampingan yang membantu dan memudahkan penggunaan sesebuah komputer atau atur cara.

utilitarianisme

teori politik dan moral yang menyatakan bahawa matlamat semua peraturan hidup yang baik ialah untuk mencapai kebahagian hidup yang paling tinggi bagi seberapa ramai orang yang mungkin, dan tindakan yang dianggap benar atau salah adalah atas dasar sama ada tindakan itu membantu atau menghalang pencapaian matlamat ini, faham utilitarian.

utilitarian

1. bersifat membawa manfaat yang paling besar kepada seberapa ramai orang yang mungkin;

2. lebih bertujuan untuk kegunaan daripada sebagai kemewahan, hiasan dan sebagainya (berkenaan (dengan) barang, karya seni, dan sebagainya):
karya-karya yang dipamerkan termasuklah yang bersifat ~ dan bukan ~, yang berfungsi sebagai hiasan dan alat kegunaan harian;

3. orang yang berpegang atau menyokong utilitarianisme.

utih

1. [Pahang] panggilan untuk anak yang keempat;

2. [Perak] nama timang-timangan untuk anak yang keenam.