suguh

[Jawa];

menyuguhi
1. memberi makanan kepada (tetamu), menjamu, memperjamu:
ia disilakan singgah ke dalam toko dan disuguhi minuman yang mahal dan lazat;

2. [kiasan] mengemukakan (sesuatu) kepada, menonjolkan (sesuatu) kepada;

menyuguhkan
1. menyediakan (menghidangkan, menyajikan) makanan:
sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air teh;

2. [kiasan] menyediakan, memaparkan (karangan dalam akhbar dan lain-lain), mengemukakan atau menonjolkan (sesuatu), memperdengarkan (lagu dan lain-lain):
sesudah beberapa orang kawan ~ lagunya masing-masing, tibalah giliranku pula;
hari-hari yang dilaluinya selepas itu lebih banyak ~ kengerian tentang pembunuhan kejam itu;

suguhan sesuatu yang disuguhkan, hidangan, sajian;

penyuguhan perihal (perbuatan) menyuguhi atau menyuguhkan.

sugi II

1. sejenis tumbuhan (pokok renek), Mischocarpus sumatranus;

2. sejenis tumbuhan (pokok renek), Mischocarpus sundaicus.

sugi I

1. = pesugi bilah kayu dan lain-lain untuk mencungkil gigi, kayu yang (dititik hujungnya) digunakan sebagai berus gigi;

2. = ~ landak [Minangkabau] duri landak;

3. [Minangkabau] tembakau yang dikemam di dalam mulut, songel:
ibunya meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke kiri ke kanan;

bersugi
1. membersihkan (menggosok) gigi dengan sugi:
Karim membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya;

2. mengemam tembakau sambil makan sirih;

menyugi
1. menggosok gigi dengan sugi;

2. mencungkil gigi (sumbu lampu yang pendek dan lain-lain):
ibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~ sumbu pelita yang sudah kian malap nyalanya;

3. mengemam atau mengulum sugi (ketika makan sirih).

sugestif

menyarankan tanggapan, idea, fikiran, dan sebagainya tentang sesuatu:
caranya mengarang ~, dipaksanya pembaca berfikir sendiri;
mungkin juga dengan kedudukan set yang tidak ~, beberapa simbol menjadi keliru.

sugesti

[Indonesia-Belanda]

1. pendapat yang dikemukakan (untuk dipertimbangkan), anjuran, cadangan, saran;

2. sesuatu (pengaruh dan lain-lain) yang dapat menggerakkkan hati orang dan lain-lain, dorongan, galakan;

3. bayangan, gambaran:
barang-barang ini hanya memberi ~ kepada kita tentang kenyataan yang sebenarnya.

sufle

hidangan yang dibuat daripada telur, susu dan lain-lain, dipukul hingga menjadi buih dan dibubuh keju, dan lain-lain lalu dibakar.