sumur

perigi, telaga:
mandi di ~;
~ bor
[Indonesia] sejenis perigi yang airnya memancut dari tanah (tidak perlu dipam ke atas);
~ buta = ~ mati perigi yang telah kering (tidak dipakai lagi);
~ minyak telaga minyak;
~ pantik [Jakarta] pancuran air yang dibuat dengan memasukkan paip ke dalam tanah;
~ digali air terbit (peribahasa) hasil yang didapati lebih daripada yang diharap-harapkan;
~ (di) tepi jalan (peribahasa) perempuan yang tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur);
bagai ~ (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa (peribahasa) orang yang selalu cemburu.

sumsum

isi dalam tulang panjang yang berwarna merah kehitaman, tulang hitam, benak;
meresapi tulang ~ = sampai ke tulang ~ ki mendalam sekali (rasa sejuk dan lain-lain);
bubur ~ sejenis bubur yang diperbuat daripada tepung beras.

sumpuh

~ bulan = ~ kering sejenis tumbuhan (herba), penggahir, penggeheh, penggeli, sagut, Aglaonema angustifolium.

sumpit III

= sumpit-sumpit sejenis karung yang dianyam daripada mengkuang dan lain-lain (bekas beras dan lain-lain):
bukunya sudah dimasukkan ke dalam ~ mengkuang;
menegakkan ~ tak berisi
(peribahasa)
a) orang bodoh (miskin) yang berlagak pandai (kaya);
b) perbuatan yang sia-sia sahaja;
seperti ~ (abu) ditegakkan = bagai ~ dihentakkan (peribahasa) ejekan untuk orang yang gemuk dan lembam.

sumpit II

ikan ~ = sumpit-sumpit
1. sejenis ikan laut, Toxotes jacula;

2. sejenis ikan darat, Toxotes jaculatrix.

sumpit I

1. = sumpitan alat yang merupakan pembuluh (daripada buluh dan lain-lain) untuk melepaskan damak dengan meniup, temiang;

2. alat (yang berupa pembuluh daripada kaca dan lain-lain) yang berlubang halus untuk memancuntukan air dengan kuat;

menyumpit meniup sumpitan untuk melepaskan damak, melepaskan damak pada sesuatu (dengan sumpitan):
kalau terlihat tupai melompat dari dahan ke dahan habis disumpitnya;

sumpitan sumpit;
lurus ~ hendak mengena = lurus-lurus ~ (peribahasa) tipu muslihat untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri;

penyumpit orang yang menyumpit.

sumping

[Jakarta] sejenis perhiasan yang dilekatkan di telinga (berbentuk sayap);

sunting.