meskipun, kendati, walaupun:
~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga.
Category Archives: Kamus Dewan Online
sungguh
1. tidak bohong, tidak lancung, benar, betul:
~ demikianlah yang sebenar-benarnya kejadian;
2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun:
kelemahan inilah yang harus diketahui, yang harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya;
3. amat, sangat, terlalu:
bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar;
letih ~ rasa badan saya;
4. memang, sebenarnya, sebetulnya:
~ ada bapamu meninggalkan engkau emas;
sesungguhnya
1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya:
~ dua hari yang telah lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia;
2. memang (begitu), sememangnya:
~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat;
bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dengan segenap hati, dengan penuh minat, tidak main-main:
apakah pengakuannya itu satu pengakuan yang dibuat ~ atau kerana paksaan?
menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi [Minangkabau] mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh (tidak main-main, dengan sedaya upaya):
maka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi, terangkat sehingga lutut;
menyungguhkan
1. mengakui, membenarkan, mengesahkan:
sekalian yang mendengar itu ~;
2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dengan segenap hati):
segala amalan mengutamakan penggunaan bahasa Kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi;
3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (daripada musuh dan lain-lain);
kesungguhan perihal (sikap dan sebagainya) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan:
ia mendengarnya dengan penuh ~;
satu persoalan yang dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dalam usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;
penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan.
sunggit
sungkit.
sungging II
[Minangkabau];
menyungging menungging.
sungging I
lukisan atau perhiasan (berwarna-warni);
juru~ pelukis sungging;
seni ~ seni membuat gambar perhiasan;
menyungging melukis dengan warna-warni (cat dan lain-lain), mewarnai (lukisan dan lain-lain);
tersungging
1. sudah disungging (lukisan);
2. [kiasan] terlukis (senyuman):
akhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman.
sunggi
[Jawa];
menyunggi menjunjung.
sungga
1. benda yang tajam atau roda bergerigi untuk memacu kuda, pacu;
2. buluh atau bilah yang ditajamkan dan dipacakkan di tanah, ranjau, suda;
menyungga menggertak (kuda) dengan sungga supaya kencang larinya, memacu.
sungai II
[bahasa halus] (pergi) membuang air besar;
~ sambil mandi (peribahasa) sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan.
sungai I
tali air yang semula jadi, batang air, kali:
~ Pahang;
anak ~ cabang dari sungai yang besar, sungai kecil;
hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lawan udik (hulu);
hulu ~ bahagian atas sungai, udik;
kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil-kecil (peribahasa) jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa (ditegur oleh orang yang berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil;
ke
sundut III
[Jakarta] bakar, cucuh, sulut;
bedil (meriam, senapang) ~ bedil (meriam, senapang) yang dicucuh dengan api apabila hendak diletupkan;
menyundut mencucuh, menyulut.