zodiak

1. garisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, mintakulburuj;

2. gambar rajah mintakulburuj yang digunakan dalam ilmu nujum.

zirkonium

(Kimia) sejenis unsur logam yang tahan kakis dan digunakan untuk membuat aloi dan sebagainya.

zirkonia

pepejal berwarna putih yang digunakan dalam sepuh seramik, dan sebagai pengganti sintetik bagi berlian dalam barang kemas.

zirkon

sejenis batu permata yang jernih dan terdapat dalam pelbagai warna seperti biru, hijau, kelabu dan perang.