superskrip

aksara (angka, huruf, pecahan, atau simbol) yang dicetak ke suatu sisi aksara lain, dengan kedudukan yang ke atas sedikit (mis dalam Y2, 2 ialah superskrip).

superordinat

1. (Linguistik) perkataan yang maknanya merangkumi makna perkataan(-perkataan) lain, misalnya bunga ialah superordinat bagi melur, mawar dan orkid;

2. berkedudukan atau berkeadaan lebih tinggi atau besar (berkuasa, berpengaruh dan sebagainya):
masyarakat kapitalis, terbahagi kepada dua kelompok atau kelas, iaitu kelompok dominan atau ~, dan kelompok subordinat.

supernova

(Ast) bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya.

superlatif

(Linguistik) bentuk kata yang menggambarkan yang paling atau ter-, darjah (tingkatan) yang tertinggi.

superior

1. lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukan, dan sebagainya, unggul;

2. lebih tinggi letaknya atau kedudukan sesuatu;

3. pegawai yang lebih tinggi taraf jawatannya, pegawai atasan.