akronim bagi taman bimbingan kanak-kanak.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tabik
1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam):
maka aku memberi ~ demikian bunyinya, selamat pagi, tuan;
2. perbuatan menghormati (dengan cara mengangkat tangan dan lain-lain), hormat, takzim:
jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~;
3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan sesuatu), minta izin:
jika kita lalu di belakang orang yang sedang duduk, mahulah kita meminta ~ hendak berbuat demikian;
kirim ~ sampaikan salam;
minta ~
a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dan lain-lain);
b) memberi salam (ketika bermohon diri);
bersitabik [Minangkabau] mengalu-alukan tetamu dengan memberi hormat;
bertabik hormat-menghormati:
dalam percampuran itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;
menabik
1. memberi salam;
2. memberi hormat (dalam perbarisan dan lain-lain), mengangkat tabik:
kemudian kuangkat tangan ~ kepada mereka.
tabiin
[Arab] (jamak bagi tabi) pengikut (menurut ilmu hadis, mereka ialah orang yang bertemu dan berguru dengan para sahabat tetapi tidak bertemu dengan Rasulullah SAW).
tabii
[Arab] menurut sifat (keadaan, bentuk) kejadiannya;
ilmu ~ ilmu fizik.
tabib
orang yang ahli dalam hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun);
ilmu ~ pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit;
ketabiban
1. ilmu perubatan (kedoktoran);
2. perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit.
tabiat
1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak:
baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu;
2. perbuatan yang selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku:
memang ~ku membaca dalam hati sahaja;
bertabiat
1. berperangai, berkelakuan:
mengapakah dia ~ seperti itu?;
2. bersifat, beresmi:
spirogira ~ seperti tumbuh-tumbuhan hijau.
tabia
[arkaik] sejenis gendang kecil.
tabi
[Arab] pengikut, penganut;
~ tabiin golongan selepas tabiin.
tabernakel
almari tempat menyimpan kitab agama yang terletak di tengah mazbah dalam gereja Roman Katolik.
tabela
peti mayat, keranda.