[Perak] ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tala I
1. kesesuaian nada, laras;
~ bunyi = garpu ~ [Indonesia] alat berbentuk U yang dibuat daripada besi dan digunakan untuk melaraskan bunyi (nada, suara, dan lain-lain);
2. gema, talun:
ting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dari seluruh bandar;
dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~;
setala selaras bunyinya, sama bunyinya;
menyetalakan menyelaraskan bunyi, menyamakan nada:
~ bunyi alat muzik;
bertala-tala [sastera lama] bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah:
kedua-dua belah pihak ~;
menala
1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dan lain-lain) dengan nada yang betul, membetulkan bunyi (alat muzik);
2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar dan efisien;
penalaan perihal (perbuatan) menala;
penala tala bunyi, garpu tala.
tal
sejenis tumbuhan (palma), lontar, tah, tai, Borassus fiabellifera.
takzir
[Arab] hukuman yang dijatuhkan atas dasar kebijaksanaan hakim kerana tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis bertujuan untuk pengajaran;
mentakzirkan menjatuhkan hukuman yang menyimpang daripada hukum yang ditetapkan.
takzim
amat hormat, penuh hormat dan sopan:
ia menjawab dengan ~nya;
mentakzimkan memberi takzim akan, menghormati, mempermuliakan.
takziah
peryataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa:
kpada keluarga si mati, kami mengucapkan ~ untuk menyatakan rasa dukacita;
bertakziah turut bersedih (berdukacita), mengunjungi (orang mati):
beribu-ribu orang telah pergi ~ ke rumah si mati.
takyin
[Arab] huraian mengenai sesuatu, penerangan, penjelasan.
takwim
daftar hari bulan, almanak, kalendar, penanggalan.
takwil
[Arab] keterangan (mimpi dan lain-lain), penjelasan, takbir, tafsir:
mereka tidak pernah mengerti akan ~ ceritanya;
mentakwilkan memberi penjelasan, menerangkan, mentafsirkan;
takwilan sesuatu yang ditakwilkan:
mimpi yang memerlukan ~ simbolik.
takwa
[Arab]
1. ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan:
di mukanya kelihatan sinar yang jernih dan tajam, sinar ~ iman yang biasa terbayang di muka orang zahid;
2. takut akan Allah, hidup soleh:
sesungguhnya orang yang paling ~ kepada Allah ialah orang yang benar-benar taat kepada perintah Allah;
bertakwa mempunyai sifat takwa;
ketakwaan perihal takwa.