tanya

1. permintaan keterangan (penjelasan dan lain-lain):
tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab;

2. [bahasa percakapan] = bertanya: pada siapa boleh saya ~ tentang hal ini;
~ jawab
soal jawab, temu ramah, wawancara;
tanda ~ tanda soal (?);

bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dan lain-lain):
maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya;
~ tahu
bertanya meskipun sudah tahu;
tumpang ~ [bahasa percakapan] kata hormat sebelum meminta keterangan kepada orang lain;
membunuh tiada ~ [sastera lama] membunuh orang dengan tiada izin raja;

bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dengan yang lain:
saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura;

bertanyakan bertanya berkenaan sesuatu, meminta keterangan mengenai sesuatu:
maka aku pun ~lah hal negeri itu;

menanya 1. = menanyai bertanya kepada:
seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan;

2. = menanyakan meminang, melamar:
disuruhnya orang tuanya ~ gadis itu;

menanyai bertanya untuk mengetahui sesuatu, bertanya kepada, bertanya untuk memeriksa:
tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya;

menanyakan
1. bertanya tentang sesuatu kepada, meminta keterangan tentang sesuatu kepada:
temuilah doktor untuk ~ apakah berpenyakit atau tidak;

2. meminang, melamar;

mempertanyakan menimbulkan pertanyaan, mempersoalkan:
karyanya tidak mengandungi implikasi yang secara radikal ~ peranan penulis;

tertanya-tanya
1. kehairan-hairanan, dalam kebimbangan:
ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu;

2. asyik bertanya, selalu bertanya:
anaknya yang dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru;

pertanyaan
1. perihal bertanya, permintaan keterangan;

2. apa yang ditanyakan, soalan:
Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yang kedua;

3. ki persoalan, masalah:
maka timbullah ~-~ kepada seluruh bangsa Melayu;
~ keliling
berbagai-bagai pertanyaan yang dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dan lain-lain;

penanya orang yang bertanya (menanyai, menanyakan).

tanwin

[Arab] tanda baca berbaris dua, sama ada berbaris di atas, di bawah atau di hadapan, yang terletak pada akhir sesuatu perkataan Arab.

tanur

[Arab] tempat memasak, keran, perapian;
~ tinggi perapian tempat memasak kapur (bijih besi dan lain-lain).

tanti II

[Minangkabau] tampal daripada kain benang emas yang dijahitkan pada tepi baju perempuan atau seluar (sebagai perhiasan);

bertanti memakai tanti.

tantang II

[Minangkabau] tentang;

menantang
1. menghadapi, menentang:
beliau berdiri ~ ketuanya;

2. melawan, membantah, membangkang:
dia tetap ~ saran itu dengan tegas;

tantangan
1. bandingan, imbangan, lawan;

2. perbuatan menantang, bantahan, perlawanan;

3. darihal, perihal, tentang;

tentang.

tantang I

menantang mengajak berkelahi (berlawan dan lain-lain), mencabar;

tantangan
1. ajakan berkelahi (berperang dan lain-lain), cabaran;

2. sesuatu (unsur, faktor, dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), cabaran:
aku ingin menghasilkan insan berkualiti yang mampu menghadapi ~ zaman;

penantang
1. orang yang menantang;

2.ark tantangan.