tebah I

menebah
1. memukul sesuatu dengan barang yang pipih:
~ air dengan dayung;
~ dada
menampar-nampar dada (kerana marah, sedih, dan lain-lain);

2. membanting (padi):
padi yang ditebah itu dilonggokkan di suatu tempat;

penebah sesuatu yang digunakan untuk menebah:
~ belakang.

teater

1. bangunan yang di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dan sebagainya untuk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam;

2. seni pentas:
mereka membicarakan perkembangan ~;

berteater bergiat dalam bidang teater:
janganlah asyik ~ sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab yang lain;

penteateran segala hal yang berkaitan dengan teater:
alam ~ menunjukkan bahawa budaya Malaysia bersifat pelbagai bangsa.

TDC

[kependekan] Tourist Development Corporation (Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia).

tazkirah

[Arab] ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan:
kau memberikan ~ sebagai perenungan dan pedoman untuk menghadapi hidup di bumi ini.