tembolok

1. kantung tempat menyimpan makanan pada leher burung (ayam dan lain-lain):
kelihatan padi berhamburan di tanah dari ayam tedung, kerana ~nya belah kena taji ayam kurik;

2. [bahasa kasar] perut;
asal berisi ~ senang hati (peribahasa) apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati.

tembok III

III;
menembok
menyejukkan air panas dan lain-lain dengan mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain).

tembok II

menembok [Jawa] melekatkan lilin pada bahagian kain yang hendak dibiarkan putih (apabila membatik).

tembok I

1. dinding yang dibuat daripada batu bata dan lain-lain, benteng daripada batu dan lain-lain;

2. tambak yang dibina daripada batu bata dan lain-lain;

3. [kiasan] sesuatu yang memisahkan atau mengasingkan:
akhbar dapat memecahkan ~-~ kedaerahan dan kenegerian dan memusnahkan semangat sempit itu;~ beton [Indonesia] tembok daripada campuran kerikil, pasir dan simen (untuk tiang rumah, dinding, dan lain-lain);
~ kering ki orang yang sangat kedekut;
~ penahan binaan, biasanya daripada konkrit, yang dibina di lereng bukit, tebing sungai dan sebagainya untuk menahan tanah, batuan daripada runtuh;

menembok mendinding dengan tembok, menambak (meninggikan) dengan tembok.

tembis

[arkaik];

menembis memarahi dengan kata-kata yang tajam dan keras, membentak, mengherdik.

tembilang

sejenis alat menggali lubang yang bertangkai panjang, penggali;
bagai ~ bagai penggali, bagai yang hilang begitu pengganti (peribahasa) yang hilang sama dengan gantinya;
di mana ~ terhentak, di situ cendawan tumbuh (peribahasa) di mana perselisihan berlaku di situlah diselesaikan.

tembikar

1. barang daripada tanah liat yang dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dan lain-lain), seramik;

2. serpihan (pinggan, periuk, dan lain-lain), beling, tembereng;
ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadinya (peribahasa) walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga;
hendaklah seperti ~, pecah semua (peribahasa) hendaklah hidup bermuafakat antara satu dengan lain;
memberi makan anjing di ~, memberi makan gajah dengan alatnya (peribahasa) tiap-tiap perbuatan yang dilakukan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaan.