tempura

sejenis masakan tradisional Jepun yang dibuat daripada udang, sotong atau sayur-sayuran yang dicelup dalam bancuhan tepung dan digoreng.

tempur

bertempur
1. berlanggaran, berlaga, bertubrukan:
ombak ~;

2. berkelahi, bergaduh, berjuang, berperang:
lalu ~lah mereka dan beramuk-amuk dengan lebih hebat lagi;

menempur menyerang, melanggar, menempuh;

mempertempurkan
1. menjadikan bertempur, memperlagakan, mempertentangkan:
negara-negara besar ~ negara-negara kecil untuk kepentingan mereka sendiri;

2. memperjuangkan, berjuang untuk:
mereka ~ kepentingan bangsa sendiri;

pertempuran perihal bertempur, perkelahian (pergaduhan dan lain-lain) yang sengit, peperangan, perjuangan:
akhirnya Raja Haji mati dalam ~ ketika menyerang Melaka;
~ sengit
perkelahian yang hebat;

penempur alat dan lain-lain untuk bertempur;
kapal ~ kapal perang yang besar yang dilengkapi dengan meriam-meriam besar;
pesawat ~ [Indonesia] kapal terbang yang dibuat untuk bertempur.

tempuh II

[Jawa] sesuatu yang digunakan untuk mengganti barang yang dirosakkan, barang dan lain-lain sebagai ganti;

menempuhkan menyalahkan dan meminta mengganti atau membayar ganti rugi (kerana merosakkan barang dan lain-lain);

ketempuhan
1. terpaksa memberi ganti atau membayar ganti rugi (kerana merosakkan sesuatu);

2. mendapat celaan (cercaan);

3. mendapat malu kerana kesalahan orang lain.

tempuh I

bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh [sastera lama] langgar-melanggar (orang berperang dan lain-lain), serang-menyerang, serbu-menyerbu;

setempuh ~ lalu, sebondong surut (peribahasa) adat orang bersahabat sentiasa semuafakat dan bersatu hati;

menempuh
1. mara melanggar (musuh dan lain-lain), menyerang, menyerbu (ke):
maka ia pun ~ ke dalam rakyat Pasai yang seperti laut itu;

2. melanggar (angin, ombak, dan lain-lain), melanda, memukul:
sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin;

3. menimpa (kemalangan dan lain-lain):
maka ia pun ditempuh kemalangan;

4. melalui (jalan dan lain-lain), mengikut (jalan dan lain-lain):
inilah kali yang ketiga aku ~ jalan ini;

5. melalui, melintasi:
ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kepada Dah Jali;

6. berjalan masuk (lalu dan lain-lain) di tempat yang sulit-sulit, mengharung (lautan dan lain-lain), meredah (belukar dan lain-lain):
selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yang besar dengan takdir Allah Subhanahuwataala sampailah kepada suatu padang;

7. sengaja menghadapi bahaya dan lain-lain, menanggung kerugian dan lain-lain, menyongsong (angin, ribut):
dalam masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk;

8. = menempuhi mengalami (kesukaran dan lain-lain), menderita (kesulitan dan lain-lain):
mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan;
~ hidup
;

9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dan lain-lain), masuk ke, memasuki:
kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yang tidak berisi;

10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dan lain-lain), mengikuti, menyertai (kursus dan lain-lain):
Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dalam pesta sukan Asia Tenggara;

11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dan lain-lain), mengikuti (kursus dan lain-lain);

12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dan lain-lain):
mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru;

13. melakukan sesuatu yang sukar atau sulit;

penempuhan proses menempuh(i) sesuatu:
~ berbagai-bagai bala bencana sebagai ujian mematangkan usia.

tempua

burung ~ sejenis burung, cak raya, Ploceus philippinus infortunatus;
kalau tak ada berada (berada-ada), tak akan ~ bersarang rendah
(peribahasa) tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

tempoyak

sejenis pekasam daripada durian untuk dibuat sambal dan lain-lain:
sambal hari itu ialah sambal ~ dan ulamnya buah jering.