tendensi

kecenderungan (terhadap sesuatu):
cerita yang ~nya dikatakan memusuhi rakyat dan memusuhi perdamaian;
Usman Awang memperlihatkan ~nya ke arah memperkembangkan cerita melalui aksi dramatik;

bertendensi mempunyai atau menunjukkan kecondongan (kecenderungan), berkecenderungan:
selain daripada itu banyak lagi syair yang ~ seperti itu.

tendas

[sastera lama] kepala;

menendas memenggal (memancung, memotong) kepala:
lalu ditendasnya kepala Merga Paksi.

tendang

sepak (dengan kaki), depak, terajang;
~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dengan gaya kuak kupu-kupu;
~ pusaka [Kelantan] mati (ayam);
~ terajang menyepak dengan kedua-dua belah kaki;
~ tumit mendepakkan tumit;

bertendang saling menerajang (mendepak):
bertumbuk ~ seperti anjing dengan kucing;

menendang
1. menyepak, mendepak, menerajang:
ditendangnya pintu rumah itu dengan sekuat-kuat hatinya;

2. [bahasa percakapan] mengusir (dari persatuan dan lain-lain), memecat (dari jawatan dan lain-lain):
mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti;

3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak:
buah dadanya yang tegang ~ colinya;

tendangan hasil perbuatan menendang, sepakan (bola dan lain-lain):
dia tercampak ke sudut gelanggang oleh suatu ~ kencang daripada Umbang;
~ bebas
tendangan percuma;
~ penjuru tendangan dari sudut padang yang dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dengan pintu gol pasukan lawan (bola sepak);
~ percuma tendangan yang diberikan kepada sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dalam bola sepak);

penendang orang yang menendang.

tenda

1. kain mota untuk membuat khemah di kapal (perahu dan lain-lain), kain kanvas;

2. khemah, ceteri;

3. langit-langit (pada katil dan lain-lain);

4. atap (kap) kereta (beca dan lain-lain):
tukang-tukang beca menurunkan ~ di depan becanya.

tenat

1. letih lesu, penat sekali:
nafasnya pendek-pendek tanda ~;

2. keras, kuat, teruk (sakit dan lain-lain):
mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~;

3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yang sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dan sebagainya (berkenaan (dengan) ekonomi, perniagaan, kewangan dan sebagainya):
kedudukan kewangan syarikat itu masih ~;
ekonomi negara yang ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;

ketenatan perihal atau keadaan tenat.

tenar

1. [sastera lama] huru-hara, gaduh, gempar, hingar bingar, rusuh:
~lah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir serta dilutunya umpama tebuan pecah sarangnya;

2. terkenal, masyhur, ternama:
beliau seorang pengarang yang telah cukup ~ namanya di ibu kota.

tenang II

1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dan lain-lain):
~ bagai air dalam kuali;
laut yang biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~;

2. tidak gelisah (runsing dan lain-lain), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dan lain-lain), aman dan tenteram (keadaan):
~ fikirannya;
ia duduk dengan ~;
setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota;
~-lenang
tenang sekali;

bertenang, bertenang-tenang mengerjakan sesuatu dengan tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa):
dia harus ~ untuk menghadapi peperiksaan;
Aini yang sedang bertenang-tenang itu tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh ibunya;

menenangkan menjadikan tenang, menenteramkan, meredakan:
beliau mencuba ~ fikirannya;
~ fikiran (perasaan)

a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yang susah;
b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur;
~ hati menenteramkan hati;

ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman;

penenang (sesuatu) yang menenangkan:
ubat ~ jiwa.

tenam

sejenis tumbuhan (pokok), damar mata kucing, mersawah merah, Anisophyllea costata.