[arkaik] batas waktu, had, hingga.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tenggarung
[Johor] dapur daripada tanah liat, cengkeran, anglo.
tenggara
mata angin di antara timur dengan selatan;
angin ~ angin yang bertiup dari sebelah tenggara;
(angin) ~ mandi angin kencang dari tenggara;
musim ~ musim tengkujuh (dari bulan April hingga bulan Oktober);
menenggara ke sebelah tenggara;
selatan ~ mata angin di antara selatan dengan tenggara;
timur ~ mata angin di antara timur dengan tenggara.
tenggar II
[Minangkabau] angkat;
menenggar mengangkat;
~ sauh mengangkat sauh.
tenggar I
[Jawa] luas, lapang, lebar.
tenggang
1. tempoh atau waktu (yang diberikan untuk berfikir, berikhtiar, berusaha, dan lain-lain), batas waktu;
2. daya upaya (untuk melepaskan diri dari bahaya dan lain-lain), ikhtiar, usaha;
3. [arkaik] sama bahagiannya;
~ daya tempoh atau waktu yang diberikan untuk berikhtiar (berusaha dan lain-lain);
~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung;
~ tangguh waktu yang diberikan untuk bertangguh, tempoh;
~ waktu [Indonesia] batas waktu (dalam perjanjian dan lain-lain);
habis ~ dan (dengan) kelakar (peribahasa) [Minangkabau] habis akal dan budi bicara;
bertenggang
1. berdaya upaya (untuk mendapatkan pinjaman wang, pertolongan, dan lain-lain), berikhtiar, berusaha:
dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri;
2. bertolak ansur (dengan kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding:
dia dapat ~ dengan kawan-kawannya;
3. beringat-ingat (dalam hal membelanjakan wang), berhemat, berjimat;
bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dan lain-lain orang), hormat-menghormati, bertolong-tolongan, bantu-membantu:
masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dengan tidak ada tenggang-menenggang lagi;
menenggang, menenggangkan
1. mempedulikan (perasaan, kepentingan, dan lain-lain orang lain), mengendahkan:
si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya;
2. mengingat atau memandang (akan), menimbangkan, memikirkan:
pelacur juga adalah manusia yang ~ nasib dan takdirnya;
mempertenggangkan
1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mempertimbangkan:
segala-galanya harus dipertenggangkan sebelum dibuat keputusan;
2. mencermatkan perbelanjaan dan lain-lain, menyesuaikan pendapatan dengan pengeluaran, menghematkan, menjimatkan:
kalau pendapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah dipertenggangkan;
3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung:
anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan;
tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik:
tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi).
tenggan
bertenggan [Johor] berketak (pada kulit leher) kerana gemuk.
tenggalung III
[Kedah] punggai, baling, lontar (orang, dan sebagainya).
tenggalung II
pagar ~ pagar yang melengkung di buritan sesetengah perahu.
tenggalung I
musang ~ sejenis musang, Viverra tangalung;