terau

menerau [arkaik] mengambil benang daripada gelendong lalu dipasangkan pada peleting.

teratu

[arkaik] [sastera lama] penganiayaan, penyeksaan;
tempat ~ tempat menyeksa orang.

teratak

1. sejenis rumah kecil di sawah dan lain-lain (untuk tempat tinggal sementara), dangau, gubuk:
di situ mereka membuat ~ untuk tempat kediamannya;

2. rumah (untuk merendahkan diri):
tuanku, di ~ patik inilah tuan puteri ketujuh-tujuh beradik itu bermain;

3. [Jawa] atap tepas yang diberi bertiang (untuk tempat berteduh);

4. dusun kecil (didiami oleh beberapa keluarga sahaja);

meneratak [arkaik] mendirikan teratak.

teratai II

burung ~ besar sejenis burung, Hydrophasianus chirurgus;
burung ~ kecil
sejenis burung, Metopidius indicus.

teratai I

sejenis tumbuhan (rizom dan bunganya), bunga padam, bunga telepok, padema, seroja, Nelumbium nelumbo;
~ kecil
sejenis tumbuhan (rizom dan bunganya), kelipuk, seroja biru, telepok, tunjung biru, Nymphaea stellata.

terasul

[arkaik] surat-menyurat;
ilmu ~ ilmu mengenai surat-menyurat;
kitab ~ kitab yang mengandungi peraturan surat-menyurat.