zakat

[Arab] rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya (seperti fakir miskin), mengikut syarat-syarat yang ditentukan;
~ fitrah = ~ badan zakat yang wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa);
~ harta zakat yang diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yang cukup nisab dan haul;
~ pendapatan zakat yang diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pada kadar 2.5% setelah cukup nisab dan haulnya;
~ rikaz zakat yang dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian;

berzakat membayar (memberi) zakat;

menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (harta dan sebagainya):
~ hartanya.

zakar

[Arab] kemaluan laki-laki, pelir;
buah ~ buah pelir;
anak buah ~ saluran panjang yang bergulung-gulung pada permukaan belakang buah zakar tempat spermatozoa disimpan.

zai

1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh);

2. huruf ke-12 abjad Jawi.

zahir

kelihatan di luar, tampak dari luar, nyata:
pada pandangan ~, dia begitu lemah lembut orangnya;
maaf ~ dan batin;

= lahir.

zahid

[Arab] (orang yang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia;

= zuhud.