sejenis tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan, bunga tembaga suasa, Crinum asiaticum.
Author Archives: admin
selendang
kain panjang untuk menutup kepala (leher, bahu):
kusebaikan ~ku di atas bahu;
~ dunia (peribahasa) orang kaya yang dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (untuk pujian sahaja);
berselendang memakai selendang:
seorang perempuan muda bertocang dua dan ~ kain kasa kuning;
menyelendangi mengenakan (memakai) selendang pada;
menyelendangkan, memperselendang memakai atau menggunakan sesuatu sebagai selendang, menyibaikan di bahu sebagai selendang:
~ tuala ke bahu;
terselendang terletak, tergantung:
beg yang ~ pada bahu Nani.
selencur, selencus
sejenis tumbuhan (pokok), belucus, lenciu, mempat, sampat, Cratoxylon lingustrinum (polyanthum).
selempuri
kain ~ sejenis kain tenunan India.
selempukau
sejenis burung, kepudang.
selempar
akar ~ sejenis tumbuhan (pakis), Antrophyum recticulatum.
selempang II
[arkaik];
terselempang jatuh terkangkang.
selempang I
[Jakarta] khuatir, cemas, bimbang, gelisah;
menyelempangkan mengkhuatirkan, membimbangkan, mencemaskan, menggelisahkan.
selempang
sesuatu yang diselendangkan dari bahu menyilang dada (sebagai tanda pangkat dan lain-lain):
kain cindai berambu kuning, ~ kain Bugis Kembayat;
berselempang memakai selempang;
berselempangkan memakai sesuatu sebagai selempang:
petang itu dia berbaju Melayu, berkopiah putih, dan ~ kain serban di bahu;
menyelempangkan mengenakan sesuatu dari bahu menyilang dada, mengenakan selempang:
memakai baju Melayu dan seluar warna hitam serta berdestar, dan kainnya diselempangkan di bahunya;
terselempang tersandang di bahu dan menyilang dada:
senapang yang ~ di belakangnya tadi, sekarang dipegangnya.
selempah
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perut lembu, secerek, secerek hitam, serapat jantan, Gnetum campestre.