seliput

berseliput penuh (bersalut):
jarinya yang ~ dengan nasi itu menunjuk ke arah Halimah;

menyeliputi menyaluti, meliputi.

selipar

sejenis alas kaki, capal, selop;
~ Jepun selipar daripada getah yang mempunyai tali berbentuk v dan hujungnya dikepit antara ibu jari dengan jari kedua (ketika memakainya);

berselipar memakai selipar:
kebanyakan kami lebih suka ~ sahaja ketika berehat.

selip II

1. tergelincir, terpeleset;

2. [Indonesia], [bahasa percakapan] berselisih jalan;

terselip = ~ keluar terlepas keluar dengan cepat, melecit keluar.

selip I

menyelipkan memasukkan di celah-celah benda yang lain, menyelitkan, menyisipkan;

terselip
1. termasuk di antara benda-benda lain, terselit, tersisip:
~ sebatang pensel di telinganya;

2. tesembunyi (di dalamnya), terkandung (di dalamnya):
di dalam surat itu ada ~ sebuah kalimat yang menyirapkan darahnya;

selipan sesuatu yang diselipkan;

selit I.

selingkit

[Minangkabau];

berselingkit berasak-asak, bersesak-sesak;

menyelingkit mendesak-desak (ke dalam orang ramai), mendorong.