serba

1. semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya:
ia berpakaian ~ hijau;

2. dalam apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun;
keadaannya yang ~ lemah keadaannya lemah dalam segala hal;
pada masa ~ maju ini pada masa maju dalam segala hal;

3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dan lain-lain), berbagai-bagai:
dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dalam taman itu;

4. [sastera lama] (segala jenis) alat perkakas;
~ kapal alat perkakas kapal;
~ rumah perabot rumah;
~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis;
~ dua
a) bagi tiap-tiap jenis dua (berkenaan (dengan) hantaran dalam perkahwinan dan lain-lain);
b) [Indonesia] dualisme;
~ guna berbagai-bagai gunanya:
dewan ~ guna;
periuk ~ guna;
~ sama

(Matematik) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih);
~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (berkenaan (dengan) hantaran dalam perkahwinan dan lain-lain);
~ sedikit hanya sedikit daripada tiap-tiap jenis;
~-serbi segala macam, segala-galanya;
~ zat [Indonesia] materialisme.

serayut

[Kelantan];

berserayut bergantungan (berkenaan (dengan) kain baju dan lain-lain);

gayut.

seraya III

1. sejenis tumbuhan (pokok), Shorea curfisii;

2. = ~ putih sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, urat mata (Sabah dan Sarawak), Parashorea spp.

seraya II

[Minangkabau];

wang ~ wang yang dipungut daripada penduduk (untuk keperluan tempatan seperti membayar gaji ketua kampung dan lain-lain);

menyeraya, menyerayakan meminta pertolongan atau bantuan (untuk mengerjakan sesuatu):
Asmah ~ membeli sehelai kain sutera untuk jirannya;

seraya-menyeraya tolong-menolong (bertolong bantu) mengerjakan sesuatu, berderau.

seraya I

sambil, serta:
Pak Kaduk pun membabarkan layarnya ~ menujukan haluan perahunya ke kuala.

serawas

sejenis tumbuhan (pokok), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, riang-riang gelugur, rumpo-rumpo, Fagraea racemosa.