sejenis ikan darat, Barilius guttatus.
Author Archives: admin
sikak
[Cina] sebatang besi (digunakan sebagai senjata).
sikai
sejenis rotan yang daunnya dibuat atap.
sikah
rupiah ~ [sastera lama] sejenis mata wang di India.
sika II
baju ~ sejenis baju Melayu.
sika I
sini;
di ~ di sini.
sijil
1. surat gulungan, daftar:
disuruh suratkan pada suatu ~ segala nama yang mengikrarkan tauhidnya;
2. surat akuan (dari sekolah, pihak berkuasa, dan lain-lain), surat tanda lulus dalam sesuatu peperiksaan dan lain-lain:
S~ Rendah Pelajaran;
pensijilan pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan:
~ itu melambangkan kualiti kereta Proton sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna antarabangsa;
sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia.
sihir
perbuatan (atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus;
menyihir
1. menggunakan sihir:
dia pandai ~;
2. mengenakan sihir pada, mempesona:
mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?;
menyihiri menjadikan seseorang seolah-olah terpukau (oleh seni, kecantikan dan sebagainya):
manusia pada zaman itu disihiri oleh seni;
menyihirkan menjadikan sesuatu sebagai bahan untuk membuat seseorang terpukau:
di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kepada penonton;
tersihir kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau:
suasana dalam bilik itu kaku, seolah-olah ~ menyaksikan drama kehidupan yang tak terduga itu;
jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip;
penyihiran perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau menyihirkan;
penyihir orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.
sihat
1. tidak kena (menghidap) sebarang penyakit, tidak sakit-sakit, afiat, segar:
anak-anaknya ~-~ sahaja;
2. sembuh daripada sakit, pulih, betah:
aku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ seperti sediakala;
3. [kiasan] dalam keadaan yang baik (elok, biasa, dan lain-lain), berjalan dengan lancar (rancangan dan lain-lain), masuk akal (pendapat dan lain-lain), dapat diterima:
walaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya;
4. berjalan (dilakukan dan sebagainya) dengan baik, tidak menimbulkan keburukan (persengketaan dan sebagainya):
mereka haruslah mengendalikan proses pembelian dengan berkesan agar wujud pertandingan yang ~ dalam pasaran;
menyihatkan
1. menjadikan sihat:
makanan itu tidak sedap tetapi mesti dimakan untuk ~ badan;
2. memulihkan (seperti sediakala atau lebih baik):
mereka didapati menghidap penyakit yang susah hendak disihatkan;
cita-citanya ialah hendak ~ masyarakat yang telah rosak moral itu;
3. mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan, berkhasiat:
makanan yang ~;
penyihatan perihal menyihatkan;
kesihatan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dan lain-lain):
Kementerian K~.
sih
[Jakarta], [kata seru] memang, tentu;
si IV.