sivil

1. berkaitan dengan orang awam atau orang biasa, berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan:
para pemimpin autoritarian gemar mencari alasan untuk mengurangkan hak ~ dan politik;
pentadbiran kehakiman ~ yang kita warisi daripada sistem kehakiman Inggeris;

2. (Undang-undang) berkaitan dengan yang bukan jenayah:
mahkamah ~;
kes ~.

sivik

1. ilmu tatarakyat;

2. hak, perasaan tanggungjawab, dan sebagainya seseorang terhadap masyarakatnya.

siut I

1. bunyi seperti bunyi wisel yang nyaring;

2. bunyi seperti bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dan lain-lain);

3. bunyi seperti bunyi rotan dan lain-lain disebatkan di udara;

4. bunyi seperti bunyi api disiram dengan air;

bersiut berbunyi siut, berbunyi seperti orang menyiuk (kerana kepedasan dan lain-lain);

siutan bunyi siut yang berkali-kali.

siung III

bunyi seperti bunyi lebah terbang (peluru melayang dan lain-lain), dengung;

bersiung, bersiung-siung, bersiung-siungan berbunyi siung (seperti lebah terbang dan lain-lain):
di udara ~-siung peluru;
peluru ~-siungan, meriam dan bom tangan berdentuman membelah kesunyian.

siung I

gigi) taring:
gementarlah segala anggotanya melihat ~nya bota dan raksasa itu;

bersiung bertaring.

siuman

1. ingat atau sedar kembali (dari pengsan, mabuk, terperanjat, dan lain-lain):
dia masih belum ~ daripada terperanjatnya;

2. waras (fikiran, ingatan), tidak gila:
orang yang tidak ~;

kesiuman keadaan siuman;

ketidaksiuman keadaan tidak siuman.