cakruk

[Jawa] pondok kecil tempat menunggu bas, berjualan dan lain-lain yang biasanya terdapat di tepi jalan:
secara logik, mewujudkan sebuah syarikat untuk membina masjid, surau, jalan kampung dan ~ tentulah tidak menguntungkan.

cakna

[Terengganu] ambil peduli, ambil berat:
semenjak emak kau meninggal, sayalah yang ~ makan minum ayah kau.

caklempong

sejenis alat bunyi-bunyian tradisional yang berupa gong-gong kecil daripada perunggu yang berbentuk periuk dan berbusut di tengah-tengah permukaannya, geloneng, celempong, telempong.

cakerawala

1. langit, lengkung langit;

2. peredaran bintang-bintang dan lain-lain di langit;

3. bintang-bintang di langit (seperti bulan, matahari, dan lain-lain);

4. kaki langit, tepi langit.