canang

gong kecil (untuk memberi alamat, menyerantakan, dan lain-lain):
baginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil;

mencanangkan
1. mengumumkan kepada orang ramai (dengan memukul canang dan lain-lain), menyerantakan;

2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan:
kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu;

pencanang orang yang mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dan sebagainya).

canai

batu ~ batu yang digunakan untuk mengasah sesuatu, batu asah;
~ fikiran sesuatu yang menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (seperti buku, pendapat, dan lain-lain);

mencanai
1. mengasah sesuatu dengan batu canai;

2. melicinkan, meratakan, mengilatkan;

3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis:
~ pastri;

4. membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan:
undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan ~ surat-surat khabar supaya bersesuaian dengan demokrasi terpimpin;
seperti dicanai rupanya
(peribahasa) cantik atau elok rupanya;

tercanai sudah dicanai (dibentuk, disesuaikan):
perkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yang tersendiri;

canaian
1. perihal mencanai;

2. sesuatu yang telah dicanai;

3. [kiasan] latihan;

pencanai
1. orang yang kerjanya mencanai (mengasah), pengasah;

2. alat untuk mencanai (menggelek adunan kuih):
papan ~.

cana

sejenis tumbuhan (pokok), merbatu layang, merjagung, sauh hutan, songkok harimau, Parinanium corymbosum (griffithianum).

can II

= bercan [bahasa percakapan] bercinta, berkasih:
sedang anak tuk penghulu tidak berani ~ dengan anaknya, ini pula saya, sekolah Melayu sahaja.

can I

[bahasa percakapan] peluang, harapan, kesempatan baik:
aku tak kasi ~ kepada si Murad tu.

camuk II

bercamuk tidak teratur, bersepah-sepah, berselerak:
kain baju di dalam almari itu ~ ditariknya;

kecamukan keadaan tidak teratur, kecelaruan:
persoalan tersebut menimbulkan ~ dan ketidaktentuan dalam sistem perkhidmatan.