kempung atau cekung (berkenaan (dengan) pipi) kerana tidak bergigi atau kurus, cauk, cawak.
Author Archives: admin
caul
kain ~
a) sejenis kain halus (asalnya dari sebuah bandar di pantai barat India);
b) selendang sutera.
cauk
caung, cawak.
cau II
[bahasa percakapan] pergi, beredar.
cau I
gelaran Siam.
catut II
1. = tukang ~ = pencatut
a) orang yang berniaga dalam pasar gelap;
b) orang yang berniaga dengan mengambil untung yang melampau-lampau;
2. orang yang mencari wang (keuntungan) dengan jalan haram (seperti makan suap dan lain-lain);
harga ~ harga yang lebih tinggi daripada harga rasmi, harga gelap;
politik (tukang) ~ [bahasa percakapan] cara-cara atau tindak-tanduk yang bertujuan untuk mencari laba dengan sebanyak-banyaknya;
mencatut
1. berniaga secara gelap, menjadi pencatut;
2. menjual sesuatu dengan mengambil untung yang melampau-lampau;
3. menipu, membelit;
4. mempergunakan nama orang (pangkat, kuasa, dan lain-lain) untuk mendapat keuntungan sendiri;
catutan hasil atau keuntungan yang diperoleh daripada kerja mencatut;
percatutan perihal berniaga secara gelap (tidak sah, haram dan lain-lain);
pencatutan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencatut;
pencatut tukang catut.
catut I
1. penyepit (untuk mencabut janggut dan lain-lain);
2. pencabut paku dan lain-lain, kakaktua;
mencatut mencabut dengan menggunakan catut.
catur II
(Sanskrit) empat (digunakan dalam kata-kata majmuk):
~ tunggal;
~ wangsa.
catur I
sejenis permainan untuk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur;
buah ~ buah dalam permainan catur;
papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yang dipakai dalam permainan catur;
bercatur
1. bermain catur:
leka ia ~ juga dengan Si Kembang Cina;
2. bercorak seperti petak-petak papan catur:
kain ~;
mencatur [kiasan] menjadikan politik (ekonomi dan lain-lain) sebagai permainan:
kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yang berbentuk moden;
mempercaturkan [kiasan] memperlakukan siasah (ekonomi dan lain-lain) seperti catur:
yang dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yang sedang mengalami kepupusan identiti;
caturan sulam yang berpetak-petak;
percaturan
1. tempat bermain catur: 2. perihal bercatur (permainan catur);
3. [kiasan] permainan (siasah) politik:
Pakistan memainkan peranan baru dalam ~ politik di Asia;
pencatur
1. orang yang bermain catur:
Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja untuk mencipta nama;
2. [kiasan] orang atau pihak yang mencatur atau mempercaturkan:
beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya.
catung
= centong.