cerna

[arkaik]

1. hancur jadi sebati (bercampur, satu);

2. (berkenaan (dengan) makanan dalam perut), hadam, hancur jadi cair, larut;

mencerna menjadi hancur (luluh);

mencernakan
1. menghadamkan, menghancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair untuk diserapkan ke dalam darah):
kerja ~ makanan itu tamat di dalam usus kecil;

2. memasukkan atau menyerapkan (ke dalam fikiran, jiwa, hati, dan lain-lain):
Ramli terpegun ~ buah tutur yang dipungutnya sepotong demi sepotong dengan bersusah payah;

tercerna
1. sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dan sebagainya), terhadam;

2. terserap:
dengan demikian, adat kebiasaan ~ dalam bentuk tulisan;

ketercernaan perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dicernakan, keterhadaman;

pencernaan proses mencernakan (makanan dalam perut), penghadaman:
soal ~ makanan dapat diatasi dengan pertolongan ubat.

cermin III

1. sejenis ikan laut, caping, sagai, Caranx carangus;

2. sejenis ikan laut, betek, rambai, Caranx armatus;

3. sejenis ikan laut, ebek, rambai landih, sagai, Caranx gallus (Alectis indica).

cermin I

1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dengan raksa dan lain-lain di bahagian belakangnya) untuk melihat rupa muka sendiri, kaca muka:
ia menggantungkan ~ itu di dalam bilik tidur;

2. kaca, gelas:
ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yang dilingkungi ~ tebal;

3. ki = ~ perbandingan sesuatu yang dijadikan contoh (pelajaran, teladan) untuk diikuti dan lain-lain:
tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid;

4. [kiasan] sesuatu yang menggambarkan (membayangkan) keadaan lahir atau batin (seperti perasaan, fikiran, dan lain-lain):
sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan;
~ bantal cermin kecil pada bantal seraga;
~ cekung cermin yang melengkung ke dalam;
~ cembung cermin yang melengkung ke luar seperti bahagian luar bola;
~ mata kaca mata;
~ melengkung cermin yang cekung (cembung);
~ pembesar kanta yang digunakan untuk melihat sesuatu dengan lebih besar;
~ penghidupan sesuatu yang boleh menjadi contoh (teladan, pelajaran) untuk hidup;
~ sisi cermin yang dipasangkan pada sisi kanan atau pada kedua-dua sisi kenderaan (untuk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yang datang dari belakang);
~ tangan cermin kecil yang mempunyai tangkai pemegang;
~ telinga [Indonesia] alat untuk melihat dalam telinga;
~ terus [sastera lama] cermin yang digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) untuk mengetahui atau meramalkan sesuatu;
~ wasiat cermin yang sakti atau hikmat;
buruk muka ~ dibelah (peribahasa) kerana kesalahan sendiri, orang lain yang dipersalahkan;

bercermin
1. melihat muka sendiri dalam cermin (air jernih dan lain-lain):
ia memakai pakaian sambil ~;

2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca:
almari pakaian biasanya ~;
~ mata
memakai cermin mata;

3. [kiasan] mengambil teladan (contoh, pelajaran):
kenapa kita mesti ~ kepada orang jahat;

4. [kiasan] meneliti, memeriksa;
~ bangkai mendapat (menanggung) malu;
jangan ~ di air keruh (peribahasa) jangan diturut teladan yang buruk;

mencermini melihat pada cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dan lain-lain):
bukan dicermini mukanya dahulu;

mencerminkan membayangkan sesuatu yang lahir atau batin (seperti sesuatu keadaan, pergolakan, perasaan, sikap, dan lain-lain), menggambarkan:
akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina;
muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dan lain-lain;

mempe(r)cermin
1. menggunakan sesuatu sebagai cermin;

2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan):
hatinya telah kian renggang daripada nafsu kepada wang berbilang, kepada pangkat kehormatan yang selalu dipercerminkan daripada Tuan Direktornya;

tercermin tergambar, terbayang:
daripada ciptaan seninya yang bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya;

cerminan gambaran, bayangan:
ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sebagai ~ setengah-setengah manusia;

pencerminan perihal mencerminkan:
begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial.

cermela

cermai;

~ hutan
a) sejenis tumbuhan (pokok renek), Phyllanthus gomphocarpus;
b) sejenis tumbuhan (pokok renek), asin-asin, cekur (cekuk) manis, Sauropus androgynus.

cermat

1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti:
kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dengan ~ sebelum mengambil keputusan itu;

2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros:
kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya;

bercermat berhati-hati, berteliti:
kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa;

mencermati mengecamkan, memerhatikan dengan sungguh-sungguh;

mencermatkan
1. melakukan sesuatu dengan cermat (teliti, hati-hati);

2. menghematkan, menjimatkan:
ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja;

kecermatan
1. perihal bercermat, ketelitian;

2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan:
kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pada ~ mereka menggunakan air.

cermai

1. sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya kecil-kecil dan masam), cermela, Cicca acida;

2. = ~ belanda sejenis tumbuhan (pokok kecil), Eugenia michelii;

3. = ~ burung
a) sejenis tumbuhan (pokok), Leptonychia heteroclita (glabra);
b) sejenis tumbuhan (herba), Indigofera hirsuta.