daging

1. isi (pada manusia atau binatang) di antara kulit dengan tulang:
~ lembu;
~ kambing;
~ paha
daging pada paha;

2. isi buah yang lembut (bahagian di antara kulit dengan biji buah):
buah embacang itu tebal ~nya;

3. tubuh manusia (sebagai imbangan jiwa dan batin);
~ asap daging yang dikeringkan dan diawet dengan asap;
~ asin daging yang digarami;
~ basah daging yang baru (dari binatang yang baru disembelih);
~ batang pinang daging (lembu, kerbau dan sebagainya) lembut dan kurang lemak (berkualiti tinggi) daripada bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dengan tulang paha;
~ kain susunan benang pada kain;
~ kancing hujung daging yang keras dan liat;
~ menempel ketuat, mata ikan;
bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ (peribahasa) iri hati melihat kelebihan orang lain;
sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga (peribahasa) membersihkan nama kaum kerabat daripada celaan;

berdaging
1. mempunyai daging, gemuk;

2. ki kaya;
(sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin;

mendaging
1. menjadi (seperti) daging:
isi durian itu sudah mula ~ ayam;

2. mulai sembuh (berkenaan (dengan) luka dan sebagainya):
lukanya sudah mula ~;

terdaging
1. sampai ke daging (berkenaan (dengan) hirisan dan sebagainya);

2. [kiasan] sangat melukai hati.

dagi

daga-~ berbagai-bagai perbuatan menentang perintah;

mendagi menentang (membantah) perintah;

pendagi orang yang menentang perintah;

= daga I, dahagi I.

dagel

[Jawa];

tukang ~ = dagelan orang yang berjenaka, pelakon yang membuat orang ketawa, pelawak;

mendagel melawak, berjenaka (untuk membuat orang ketawa).

dagang II

[Minangkabau];

mendagang memikul, mengusung;

dagangan barang-barang yang dipikul;

pedagang benda (seperti kandar) yang digunakan untuk memikul.

dagang I

1. (berasal) dari tempat lain atau dari luar negeri (berkenaan (dengan) orang, barang, dan lain-lain), asing:
dengan perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini;
anak ~
orang asing, orang yang berasal dari tempat (negeri) asing;
beras ~ beras yang diimport dari luar negeri;
orang ~
a) orang asing;
b) orang yang berniaga, saudagar;
pegawai ~ pegawai yang bertugas di negeri orang;

2. orang yang merantau atau mengembara, perantau:
akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~;
orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran;

3. perniagaan, jual beli:
aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~;
tanaman ~
tanaman yang hasilnya diperniagakan;

4. barangan untuk diperniagakan, barang jualan:
maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah;
~ melarat
orang yang merantau dan hidup menderita di tempat orang;
~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara);
~ senteri berbagai-bagai orang asing yang mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dan lain-lain);
laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan (peribahasa) urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain;
perahu bertambatan, ~ bertepatan (peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya;

berdagang
1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dengan pembeli atau penjual dari tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli:
mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit;
dia memperoleh banyak keuntungan dengan ~;

2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain:
sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yang datang ~ ini menghitamkan kampung yang putih bersih itu;

mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dan lain-lain) sesuatu untuk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing):
rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sebagai menjual kambing, lembu, atau ayam itik;
Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain;

dagangan barang-barang yang diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing):
pada ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak;
~ bersambut

a) dagangan yang diambil dengan berhutang;
b) dagangan yang diamanahkan;
~ cergas urus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yang besar;
~ keluar barang yang dieksport;
~ lembap urus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat untuk memasuki pasaran atas sebab tertentu;
~ masuk barang yang diimport;
~ bersambut yang dia jual (peribahasa) cerita dari orang lain yang diceritakannya kembali;

perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara):
cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu;
usaha-usaha untuk memajukan ~ antara negara-negara yang sedang maju;

~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini;
~ bebas perdagangan antarabangsa yang tidak dikenakan sebarang sekatan seperti kuota atau tarif terhadap barang import dari sesebuah negara;
~ entrepot perdagangan mengimport barang untuk dieksport semula (seperti yang dijalankan di pelabuhan seperti Singapura, Hong Kong, dan lain-lain);
~ gelap perdagangan yang dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dan lain-lain);

pedagang orang yang menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dengan negeri asing), orang yang berdagang, saudagar:
kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan daripada merapati pantai negeri Jepun;
~ borong
pedagang yang menjual dagangan secara borong kepada pekedai;
~ kecil pedagang yang berdagang dengan modal yang kecil;
~ perantara pedagang yang menjual barang-barang daripada saudagar besar kepada saudagar kecil, pedagang yang berlaku sebagai orang tengah;
~ runcit orang yang menjual barang-barang terus kepada umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dengan sedikit-sedikit.

daga I

~-dagi berbagai-bagai perbuatan menentang perintah;

mendaga menentang (membantah) perintah;

=dahagi I.

daftar

susunan (nama, barang, dan lain-lain) yang ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai:
~ buku;
~ istilah baru;
~ nama pengundi;
~ hitam
senarai orang yang dianggap berbahaya (disyaki jahat);

berdaftar mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dalam daftar;
surat ~ surat yang telah dicatatkan dalam daftar (untuk layanan istimewa dalam urusan pengirimannya);

mendaftar, mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dalam daftar, mengurus supaya tercatat dalam daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yang diperlukan):
para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami;
ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yang layak masuk ke sekolah;

terdaftar sudah tercatat (tertulis) dalam daftar;

pendaftaran perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dan sebagainya mencatatkan (merakamkan) dalam daftar:
Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kerajaan;
pejabat ~
pejabat tempat mendaftar (untuk kelahiran, kematian, dan sebagainya);

pendaftar pegawai yang bertanggungjawab tentang (atau yang mengurus) pendaftaran, orang yang mendaftar(kan).

dafodil

sejenis bunga kuning berbentuk loceng, yang bertangkai panjang yang terdapat di negara yang mempunyai empat musim.

dafnah

[arkaik] sejenis tumbuhan (pokok kecil) yang daunnya dibuat mahkota pahlawan.