akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Psychotaria sarmentosa.
Author Archives: admin
dalca
sejenis masakan cara India (gulai daging, udang, dan sebagainya bercampur kacang dal, terung, ubi kentang dan lain-lain).
dalang
1. tukang cerita (dalam wayang kulit), orang yang memainkan wayang kulit (dengan menggerak-gerakkan patung yang menjadi watak cerita sambil bercerita):
~ itu pun berwayanglah lakon Pendawa Jaya;
2. [kiasan] orang yang memimpin (mengatur langkah dan sebagainya) sesuatu gerakan secara sulit atau dengan sembunyi-sembunyi:
siapakah ~nya di belakang gerakan ini?;
~ politik orang yang merancang, mengatur, memimpin dan sebagainya sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi:
terlalu banyak ~ politik yang bermain di sebalik tabir politik parti;
mendalang memainkan wayang kulit:
pada perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang untuk ~;
mendalangi memimpin (mengatur langkah dan sebagainya) sesuatu gerakan secara sulit atau dengan sembunyi-sembunyi:
orang yang ~ pemberontakan itu sedang dicari-cari;
mendalangkan
1. bermain (mempertunjukkan) wayang kulit;
2. = mendalangi;
pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang).
dalam III
[sastera lama] istana, kawasan istana raja:
bahasa ~ bahasa yang digunakan di kalangan raja atau golongan istana (seperti beradu, santap, dan lain-lain);
budak ~ pesuruh raja;
kedalaman [sastera lama] istana, rumah-rumah dalam kawasan istana;
bahasa ~ bahasa kehormatan untuk raja-raja.
dalam II
1. antara, di kalangan:
~ mereka yang bertiga belas itu ada yang bergirang-girang;
2. di dalam (bukan di luar lingkungan dan sebagainya sesuatu):
~ Wilayah Persekutuan;
~ bidang mata pelajaran tersebut;
3. sambil:
~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat;
4. pada waktu (tertentu):
kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan;
dia masih ~ pantang lagi;
~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yang baru menjadi janda);
~ negeri (dalam) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja;
~ tangan dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;
~ dua tengah tiga (peribahasa) tidak jujur;
kilat di ~ kilau (peribahasa) tujuan (maksud) yang terkandung dalam percakapan atau tingkah laku.
dalam I
1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan sebagainya), jarak (jauhnya) ke tengah dari tepi atau pinggir sesuatu:
~ perigi itu kira-kira empat meter;
2. jauh ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan lain-lain) atau jauh ke tengah dari tepi atau pinggir (hutan dan lain-lain), jauh jaraknya di antara paras permukaan dengan dasar, tidak cetek:
lubang itu ~ sungguh;
jangan suka berenang di tempat yang ~;
3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih daripada sekadar yang perlu sahaja:
dia mempunyai pengetahuan yang ~ tentang hal itu;
4. mengandungi makna yang tidak mudah difahami (berkenaan (dengan) perkataan, ungkapan, dan sebagainya), lebih daripada yang terzahir:
perkataan ini ~ maknanya;
5. tidak ceper (leper), jeluk (berkenaan (dengan) pinggan atau piring);
6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dan lain-lain) yang lawannya luar:
diambilnya sepucuk surat dari ~ laci itu dan dihulurkannya kepada saya;
dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya;
7. yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu (seperti negeri, keluarga, dan lain-lain) itu sendiri:
urusan ~ negeri;
masalah ~ keluarga;
8. yang tidak nampak atau ketara dari luar:
penyakit ~;
9. yang dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya:
baju ~;
seluar ~;
~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) (peribahasa) berpada dengan yang sedikit;
sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yang dinyatakan):
digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;
sedalam-dalamnya
1. seberapa dalam yang mungkin:
menggali ~;
2. dengan seberapa teliti atau terperinci:
perlu difikirkan ~ cadangan yang dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;
berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dan sebagainya), menjadi-jadi;
mendalam
1. menjadi dalam atau lebih dalam (berkenaan (dengan) lubang dan sebagainya), bertambah dalam:
lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat;
2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (berkenaan (dengan) perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dan lain-lain), menjadi berat, melarat (berkenaan (dengan) penyakit dan lain-lain):
perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~;
kebencian yang ~;
tradisi lama di kampungku terlalu ~;
3. sampai ke peringkat yang terperinci (berkenaan (dengan) kajian dan sebagainya), luas dan teliti (meliputi banyak aspek):
kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;
mendalami, memperdalami berusaha untuk mengetahui (sesuatu) dengan lebih luas dan terperinci dengan mempelajari (mengkaji, menyelidik, dan sebagainya) dengan teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dan sebagainya tentang sesuatu):
mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab untuk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam;
masing-masing ~ bidang yang diminatinya;
mendalamkan
1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dan lain-lain):
beberapa orang pekerja sedang ~ telaga;
2. = memperdalam [kiasan] menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dan sebagainya):
ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik;
perkembangan profesional memberi fokus kepada intelektualisme, iaitu kepada memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;
dalaman
1. isi perut;
2. yang tersembunyi dan tidak mudah difahami (berkenaan (dengan) makna ayat, kata-kata, dan sebagainya):
kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yang diucapkannya itu;
3. (yang) berkaitan dengan atau perlu diuruskan dan sebagainya oleh sesuatu organisasi itu sendiri;
struktur ~ (Linguistik) (dalam tatabahasa generatif) gambaran yang diandaikan terdapat dalam struktur sesuatu ayat pada peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungaan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);
kedalaman
1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dan lain-lain):
kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang;
2. [arkaik] terlalu dalam;
pedalaman daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu:
dia menjadi orang yang paling berpengaruh di daerah ~;
penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;
pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dan lain-lain) mendalamkan.
dalalat
[Arab] (ajaran) yang salah atau sesat.
dalalah II
[Arab] penerangan yang benar tentang Quran (tentang makna dan sebagainya yang terdapat di dalamnya);
dalil.
dalalah I
[Arab] perempuan yang mendapat upah kerana menemukan laki-laki dengan perempuan, barua, jaruman, pinang muda.
dalal
1. [Arab] orang tengah, wakil penjual, ejen;
~ surat khabar wakil penjual surat khabar;
2. bayaran (biasanya peratusan) yang dibayar kepada ejen, jurujual yang menjalankan perniagaan atauyang memberikan perkhidmatan, komisen:
~ antara 15% hingga 25% daripada harga buku diberikan kepada penjual.