depang

mendepang
1. merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri:
kedua-dua belah tangannya ~ dari tiang ke tiang pintu;

2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan:
dia dipaksa berdiri di tengah panas dengan tangannya ~;

mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri:
dia ~ kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dengan sekuat-kuat hatinya;

terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang;

depangan hasil mendepang atau mendepangkan.

depan

hadapan, muka:
dari rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~;
minggu (bulan dan lain-lain) ~
minggu (bulan dan lain-lain) yang akan datang;

di depan di hadapan, di muka:
~ markas besar itu terletak sebuah jip yang sudah tua;

ke depan
1. ke hadapan, ke muka, mara;

2. selanjutnya, seterusnya, hingga pada;

terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dalam proses kemajuan dan sebagainya), sudah maju:
untuk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ daripada tamadun yang sedang didudukinya;
seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata daripada pengadil-pengadil yang ~;

depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka):
kalau tidak boleh bercakap secara ~ dengan pasangan, telefonlah sahaja;
kalau ingin menegurnya, tegurlah ~ secara baik;

berdepan bertemu (bersua) muka, berhadapan:
perasaanku senang sekali apabila ~ dengan anak-anak itu;

berdepan-depan berhadap-hadapan, bersemuka;

mendepan menghadap (menghala, mengarah) ke:
ibunya tidak berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya terbuka ~ angin;

mendepani
1. berada di depan sesuatu:
tinggallah Masniah keseorangan yang sedang ~ Mat Deli dengan degup jantungnya yang kencang;

2. berusaha tidak mahu ketinggalan;
mendahului:
Adi dirasakan begitu besar ~nya dalam setiap bidang;

mengedepankan mengutarakan, mengemukakan:
~ permohonan kepada pihak yang berkenaan;

terdepan (yang) di depan sekali:
askar-askar kita yang di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga.

depak II

bunyi seperti bunyi hentakan kaki kuda berjalan (buku jatuh ke lantai dan lain-lain);

berdepak-depak berbunyi depak berulang-ulang;

mendepakkan membunyikan depak dengan lidah.

depak I

[Jakarta];

mendepak
1. menyepak, menendang:
pengganas-pengganas telah ~ orang-orang yang membantah kehendak mereka;

2. [kiasan] memberhentikan (daripada jawatan, perkumpulan, dan lain-lain), memecat:
ahli itu telah didepak daripada persatuannya kerana tidak patuh kepada undang-undang persatuan;

pendepakan perihal atau perbuatan mendepak.

depa I

ukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan (empat hasta atau kira-kira enam kaki);

mendepa mengukur dengan depa (dengan mendepangkan tangan):
kuli-kuli itu sedang ~ kawasan yang mesti mereka kerjakan untuk hari ini;

mendepakan merentangkan atau menghulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan:
satu daripada gerak badan yang dilakukan ialah dengan ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan.

dep I

mendep [Indonesia], [bahasa percakapan] tidak meneruskan sebagaimana sepatutnya (sesuatu hal, pekerjaan, usul, dan lain-lain), menahan (surat dan lain-lain), memeram.