derak

bunyi seperti bunyi dahan patah (buluh dibelah, daun pintu bersanggit, dan lain-lain), bunyi berkertak;
~-derik bunyi derak berulang kali;

berderak berbunyi berkertak, mengeluarkan bunyi derak;
~-derik berderak berulang kali;

berderak-derak berbunyi berkertak-kertak, berderak berulang kali;

menderak-derak, menderak-derakkan mengeluarkan bunyi kertak (dengan geraham), membunyikan kertak (dengan geraham), berteriak:
gembiralah, pekiklah, dan derak-deraklah suara itu agar kamu mencapai kepuasan yang setinggi-tingginya;

derakan bunyi derak (kertak).

derai II

berderai, berderai-derai
1. berlanjutan atau berpanjangan dengan tidak teratur:
sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ daripada anak-anak muda yang sedang belajar bersilat;
kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi;

2. dengan banyak dan tidak menentu (berkenaan (dengan) buah, daun, dan lain-lain yang gugur atau jatuh ke tanah);

3. berduyun-duyun dengan tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dengan teratur (berkenaan (dengan) orang ramai yang meninggalkan sesuatu tempat):
orang berderai-derai keluar dari gereja;

4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (berkenaan (dengan) tanah dan lain-lain):
buah bidara dalam bakul itu jatuh ~ ke tanah;
ketul-ketul tanah itu hancur ~ dalam genggamannya;

5. (jatuh) bertitik-titik (berkenaan (dengan) air mata dan lain-lain), menitis (titik demi titik):
bila tersentuh, air yang bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi;
kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi
(peribahasa) orang yang bercakap besar sedang keluarganya melarat;

deraian perihal berderai-derai.

derai I

bunyi seperti bunyi air (hujan) yang jatuh menitik;

berderai, berderai-derai berbunyi seperti bunyi air (hujan) yang jatuh menitik.

derahan

sejenis tumbuhan (pokok), penarahan hitam (samak), cendarah hitam, kemarahan, Knema laurina.

dera

1. pukulan (dengan rotan, cemeti, dan sebagainya) sebagai hukuman;

2. = mendera; 3. [kiasan] seksa (hati, fikiran, dan lain-lain);

4. denda, hukuman:
dia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri;

mendera
1. memukul (dengan rotan, cemeti, dan sebagainya) sebagai hukuman:
orang-orang salah itu telah didera;

2. [kiasan] menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dan lain-lain);
~ diri menyeksa diri (sendiri);

3. mendenda, menghukum:
pencuri itu telah didera di tengah panas;

deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera:
pukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas daripada ~;

penderaan perbuatan mendera:
kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut;

pendera orang yang mendera: ~ kanak-kanak yang tidak berdosa.

deputasi

[Indonesia-Belanda] wakil (perutusan) yang berhak berunding atau bertindak atas nama orang lain.