dondon

warna atau corak;

sedondon sama warna atau corak;
pakaian ~ pakaian yang sama warna atau corak.

dondang sayang

sejenis nyanyian (lagu) Melayu yang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi dengan berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yang tertentu (untuk bersuka-suka);

berdondang sayang
1. bernyanyi dondang sayang:
leka membuang masa bersuka-suka ~ sayang;

2. [kiasan] membuat sesuatu dengan sesuka hati (kerana tidak ada orang yang ditakuti seperti ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dan sebagainya).

dondang

= dondangan [arkaik] buaian atau enjutan (tempat menidurkan anak);
kain ~ (dondangan) kain buaian;

mendondang, mendondangkan membuai-buaikan (mengenjut-enjuntukan) anak dalam buaian.

donat

= kuih ~ sejenis kuih berbentuk gelang yang dibuat daripada tepung gandum, yis, dan lain-lain yang digoreng dan disalut dengan gula halus, kuih keria cara barat.

donasi

[Indonesia-Belanda] derma (sumbangan) berupa wang kepada persatuan (pertubuhan dan lain-lain);
anggota ~ para penderma.

dompet

bekas duit daripada kulit (plastik dan lain-lain):
ia membuka ~nya kemudian menghulurkan wang upah kepada kuli itu;
~nya kempis
[bahasa percakapan] sudah tidak berwang lagi.