dua modul.
Author Archives: admin
dwimingguan
(berlaku atau muncul) setiap dua minggu:
laporan ~;
akhbar ~.
dwimatra
puisi yang terdiri daripada dua kaki matra (iaitu dua pasang kaki yang bertekanan).
dwilogam
terdiri daripada dua logam:
unsur ~;
kedwilogaman (Ekonomi) sistem kewangan yang menggunakan dua jenis logam, terutamanya emas dan perak, pada nilai relatif tetap sebagai sandaran nilai mata wang:
penggunaan secara serentak kedua-dua logam emas dan perak ini sebagai wang disebut ~.
dwilipat
[arkaik] [Indonesia] rangkap dua, dua sekali (surat dan lain-lain), duplo, dwiganda.
dwilambang
(Linguistik) dwihuruf, huruf rangkap, digraf.
dwijantina
(Perubatan) mempunyai kedua-dua alat kelamin (berkenaan (dengan) individu).
dwihuruf
(Linguistik) dua huruf yang melambangkan (mewakili) satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwilambang, huruf rangkap, digraf.
dwiguna
mempunyai dua kegunaan.
dwiganda
[Indonesia] kembar dua, dwilipat, duplo.