berkenaan seseorang yang telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sebagai suatu penghormatan:
profesor ~.
Author Archives: admin
emeri
sejenis batuan berwarna hitam kekelabu-kelabuan yang keras dan kasar (biasanya dijadikan serbuk) yang digunakan untuk mencanai, menggilap, melicinkan dan sebagainya sesuatu.
e-mel
maklumat, mesej dan sebagainya yang dihantarkan secara elektronik dari satu terminal komputer ke terminal komputer yang lain;
meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dan sebagainya dengan menggunakan e-mel.
embut
mengembut menarik atau mengangkat tali (kail dan lain-lain) perlahan-lahan;
mengembut-embut, terembut-embut bergerak-gerak turun naik (seperti nadi, ubun-ubun kanak-kanak, dan lain-lain), bergembut-gembut, terkemut-kemut, berdenyut-denyut.
embun-embun
sejenis tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens.
embun III
pisang ~ sejenis pisang yang besar dan manis, pisang bunga.
embun II
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Lecananthus erubescens;
embun
1. wap air yang turun pada waktu malam (kerana sejuk);
2. wap air yang telah mengendap menjadi titik-titik (pada daun dan lain-lain);
~ asap kabus atau embun halus seperti asap pada malam hari;
~ betina = ~ rintik embun yang kecil-kecil titiknya;
~ jantan = ~ lebat embun yang besar titiknya;
~ pagi kabut pada waktu pagi;
kering ~ waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi);
seperti ~ di hujung rumput (peribahasa) tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dan lain-lain);
seperti ~ di atas daun (peribahasa) selalu berubah (maksud, niat, tujuan);
berembun
1. diliputi embun, disaput embun:
rambutnya masih ~;
2. tidur di luar rumah dan lain-lain (pada malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dan lain-lain pada malam hari (hingga kena embun):
ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam;
mengembun
1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yang halus:
malam sudah sejuk dan udara mulai ~;
2. seperti embun, menyerupai embun;
mengembuni mengenai sesuatu dengan bertitik-titik:
air matanya ~ gambar suami yang terletak di depannya;
mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun:
~ mengkuang pada waktu malam.
embuh II
embuh-embuhan sungguhpun, meskipun.
embuh I
mahu, ingin:
maka Bendahara Seri Maharaja berkata, Budak-budak ~kah memandang emas?;
embuh-embuhan;
~ tuah untung-untungan.