fi I

(Undang-undang) bayaran yang dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, seperti khidmat guaman, perancangan dan sebagainya.

feudalistik

berasaskan (bercorak, bersifat) feudalisme, feudal:
unsur-unsur budaya ~ harus ditinggalkan, termasuk pendewaan seseorang tokoh.

feudalisme

1. sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan;

2. sistem pembahagian tanah kepada kaum bangsawan di Eropah pada zaman dahulu (dengan kaum petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kepada kaum bangsawan yang menjadi tuan punya tanah).

feudal

berasaskan (bersifat, berkaitan dengan) feudalisme;

kefeudalan keadaan feudalisme:
sifat ~ Tikus Rahmat semalam jelas semasa dia menjadi pemimpin.

fetus

(Biologi) anak haiwan viviparus (haiwan yang melahirkan anak) yang belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pada manusia anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan sehingga saat kelahiran).

fetor

fetur (ftur) (Portugis) [sastera lama] kepala perwakilan syarikat perdagangan, orang yang ketiga daripada perwakilan syarikat perdagangan.

fetisyisme

(Psikologi)

1. kesukaan atau kegemaran yang sangat kuat terhadap sesuatu objek atau aktiviti yang dapat merangsang keghairahan nafsu syahwat;

2. pemujaan sesuatu objek seperti kasut, baju dan rambut, yang melambangkan seseorang yang dikasihi.

fetisy

(Psikologi)

1. objek yang sangat merangsang keinginan atau keghairahan nafsu syahwat seseorang;

2. sesuatu, misalnya gambar seseorang yang dipuja, dan barang tertentu, yang boleh menimbulkan kegilaan atau perasaan yang tidak rasional pada seseorang.

fesyen

gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dan lain-lain, (terutamanya yang terbaru) yang menjadi kegemaran ramai:
berbagai-bagai ~ rambut dapat kita lihat hari ini;

berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain):
seperti gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~;

memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen:
jangan sekali ~ rambut yang tidak sesuai dengan raut wajah, umur, atau tempat.

festival

1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dan lain-lain) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dengan konsep dan tujuan yang tersendiri, pesta:
F~ Filem Malaysia ke-11;

2. perayaan keagamaan (kebudayaan dan sebagainya) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dan sebagainya, pesta:
F~ Kuih Bulan.