[Indonesia-Belanda] undang-undang, hukum.
Author Archives: admin
weskot
[arkaik] sejenis baju dalam yang tidak berlengan, labuhnya hingga ke pinggang, berbutang depan, dan dipakai di bawah kot atau jaket, rompi.
wesel II
[Indonesia-Belanda] alat untuk mengalihkan rel kereta api di persimpangan (persambungan) rel;
salah ~ [bahasa percakapan] salah faham, salah pengertian, keliru.
wesel I
[Indonesia-Belanda]
1. = pos ~ surat untuk mengirim wang kepada seseorang (syarikat dan sebagainya) yang dikeluarkan oleh pejabat pos;
2. surat ~ surat yang membolehkan seseorang mengambil wang yang dikirimkan (di pejabat pos).
Wesak
Hari W~ hari perayaan keagamaan yang dirayakan oleh penganut agama Buddha pada bulan Mei setiap tahun.
werak, werek
[Jawa], [bahasa percakapan] orang yang mencari-cari buruh kontrak (biasanya dengan menggunakan tipu helah).
wenang
[Jawa] wewenang;
berwenang mempunyai hak (untuk berbuat sesuatu):
ketua regu itu ~ untuk menuntut ketaatan anggota regu;
sewenang-wenang, bersewenang-wenang
1. (membuat sesuatu) dengan sekehendak hati sahaja, dengan semahu-mahunya:
kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu;
2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim:
tawanan mereka telah disakiti dengan cara yang kejam dan ~;
3. melakukan sesuatu tidak dengan teliti (dengan sembarangan sahaja, tidak dengan usul periksa):
kata nasional yang digunakan dengan ~ itu sangatlah mengelirukan;
kesewenang-wenangan perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;
kewenangan hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu.
Weltanschauung
(Jerman) pandangan menyeluruh, terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat.
welirang
[Jawa] belerang.
weling
[Jawa] pesan, wasiat.