sejenis logam yang tahan dibakar, tungsten.
Author Archives: admin
wolanda
[arkaik] Belanda.
woksyop
[bahasa percakapan] bengkel.
wizurai
[sastera lama] naib raja, gabenor jeneral;
waizuri.
wiyata
[Jawa] [arkaik] pengajaran:
~ praja jawatan urusan pengajaran di Yokyakarta.
witir
[Arab] ganjil (bilangan);
sembahyang ~ sembahyang sunat yang bilangan rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak dengan waktu subuh.
wit
[Kelantan], [Perak];
mengewit mengarahkan (perahu dan lain-lain) ke tempat yang dituju.
wisma
1. rumah;
2. bangunan yang di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dan sebagainya:
W~ Persekutuan;
W~ Yakin.
wiski
minuman keras yang diperbuat daripada bijian, seperti barli, oat, rai, dan lain-lain.
wisesa
[arkaik] kekuasaan yang tertinggi.