wul

~ kaca serat kaca yang dipintal halus seperti kapas;
~ kapas kapas yang diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan untuk tujuan perubatan);
~ keluli gumpalan serat keluli yang halus (biasanya digunakan untuk menggilap).

wujud

1. ada (sesuatu), sedia ada;

2. sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dan lain-lain);

3. benda yang nyata (bukan roh dan lain-lain), rupa dan lain-lain yang dapat dilihat;

berwujud
1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dan lain-lain), berupa benda yang nyata;

2. konkrit, maujud, nyata;

mewujudkan
1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dan lain-lain), mengadakan:
kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga;

2. melaksanakan (cita-cita dan lain-lain);

3. menerangkan (memperlihatkan) dengan benda yang nyata;

terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan):
ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~;

kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu);

perwujudan
1. bentuk atau rupa (yang benar-benar dapat dilihat dan lain-lain);

2. sesuatu yang berwujud (kelihatan dalam mimpi dan lain-lain);

3. sesuatu yang konkrit (maujud, nyata);

4. pelaksanaan (cita-cita dan lain-lain);

pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan.

wuduk I

1.[Arab] perbuatan menyucikan diri dengan air (sebelum beribadah, seperti bersembahyang):
sudahkah engkau mengambil ~?;

2. air sembahyang;
ada ~ ada air sembahyang atau berada dalam keadaan yang membolehkan seseorang beribadah, seperti bersembahyang, membaca al-Quran, dan lain-lain;

berwuduk menyucikan diri (sebelum sembahyang), mengambil air sembahyang:
tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat;

tawaduk II.

WTO

[kependekan] World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Dunia, iaitu pertubuhan antarabangsa yang menggalakkan dan mengawal selia perdagangan antara negara-negara anggotanya).

writ

(Undang-undang) perintah atau proses yang dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yang mengandungi arahan tentang apa yang patut dibuat;
~ habeas corpus writ yang boleh membebaskan seseorang daripada tahanan yang tidak sah;
~ pilihan raya writ yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang.