ZOPFAN

akronim bagi Zone of Peace, Freedom and Neutrality (Kawasan Aman, Bebas, dan Berkecuali).

zoospora

(Biologi) sejenis spora yang boleh bergerak yang terdapat pada kebanyakan kulat akuatik, alga, dan protozoa.

zooplankton

(Biologi) plankton yang terdiri daripada haiwan, seperti krustasea kecil, yang merupakan sumber makanan ikan dan sebagainya.

zooparasit

(Biologi) parasit yang menghabiskan seluruh masa hidupnya pada haiwan, misalnya Trypanosoma yang berhabitat di dalam darah tikus.

zoonosis

(Perubatan) penyakit haiwan yang boleh menular kepada manusia, misalnya penyakit anjing gila.