ya IV

1. kata yang digunakan pada hujung ayat sebagai bertanya atau untuk mendapatkan kepastian, … bukan?:
dia orang kaya ~?

2. kata tambahan yang merupakan atau menguatkan pertanyaan kepada diri sendiri, agaknya, gerangan, tah:
siapa ~ yang berjalan itu?

3. kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya:
besok kita jumpa lagi ~.

ya III

[kata seru] kata untuk memanggil (menarik perhatian dan lain-lain), hai, wahai:
~ Allah, ~ Rabbi, ~ Saidi.

ya II

1. [kata seru] kata untuk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul:
~, saya ada dua orang anak;
~kah engkau ini yang bernama Tuanku Malim Deman?;
~ tak ~ (juga)
[bahasa percakapan] memang benar (betul), benar (betul) juga;

2. [kata seru] kata untuk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dan lain-lain), baiklah:
~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari;

3. kata untuk menyahut panggilan orang, saya:
~ pak cik;

mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan:
lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya;

= ia II

ya I

1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);

2. huruf ke-34 abjad Jawi.

Y2K

(Komputer) gangguan pada sistem komputer disebabkan oleh kegagalan komputer mengenal pasti data menjelang tahun 2000 sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna komputer, pepijat alaf.

X-ray

1. bsinar elektromagnet yang dapat menembusi pepejal (gas berion dan plat gambar foto yang terdedah), sinar-X;

2. pemeriksaan bahagian dalam badan seseorang atau bahan legap dengan sejenis alat yang menggunakan sinar-X:
sudahkah ~ dibuat pada paru-paru kamu yang sakit itu?

3. = gambar ~ gambar yang dihasilkan dengan mendedahkan filem gambar foto kepada sinar-X (digunakan dalam perubatan sebagai salah satu cara untuk mengesan keadaan bahagian tertentu dalam badan, seperti tulang yang dapat menyerap sinar-X dan kelihatan sebagai kawasan yang legap pada gambar);

mengx-ray
1. mengambil gambar X-ray (sebahagian daripada badan dan sebagainya) dengan menggunakan sinar-X;

2. merawat atau memeriksa dengan menggunakan sinar-X.