berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali):
empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis;
mengangkut
1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat):
ia menolong ibu bapanya ~ kayu api;
2. membawa dari satu tempat ke tempat lain (berkenaan (dengan) kenderaan dan lain-lain), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dengan menggunakan alat pengangkutan:
beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan;
petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yang berhampiran;
angkutan barang yang diangkut:
lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak;
pengangkutan pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain:
~ barang-barang itu harus didahulukan;
~ awam sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan;
pengangkut orang yang mengangkut, alat untuk mengangkut:
~ barang.