hangus I

menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam:
maka mahligai itu pun habis ~;
ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang;
~(-hangus) hati

a) panas hati, marah;
b) terlalu rindu (ingin);
belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kepada pihak perempuan untuk belanja kahwin (lain daripada mas kahwin);
~ tiada berapi, karam tiada berair (peribahasa) menderita kesusahan yang amat sangat;

menghanguskan membakar sampai hangus:
~ hati (dada) memanaskan hati, menjadikan sangat marah;

kehangusan
1. keadaan hangus;

2. terbakar hangus:
~ hati
a) panas hati, sangat marah;
b) kerinduan.

berkongsi