hangit

1. (berbau) seperti bau kain terbakar;

2. rosak atau terbakar dan berbau (berkenaan (dengan) makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama):
dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur;

3. berbau busuk seperti bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh):
badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi;
memberi ~
ki memberi malu;
~-pengit
a) terlalu hangit;
b) [Perak], [Kelantan] hangus rentung;

menghangitkan menyebabkan hangit (masakan, kuih yang dibakar);

kehangitan
1. perihal hangit (masakan, kuih yang dibakar);

2. perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan.

berkongsi