1. mengandung, bunting:
maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulannya maka beranak seorang laki-laki:
2. kandungan:
~ perempuan itu terlalu besar;
menghamili menyebabkan seseorang mengandung:
selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang;
Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda;
menghamilkan
1. membuntingkan, mengandungkan (dalam keadaan pada ketika bayi dalam kandungan):
perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung;
2. menghamili;
kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil:
bilangan wanita yang berjumpa dengan doktor dan bidan pada awal ~ sedang bertambah di Malaysia;~ ektopik (Perubatan) kehamilan di luar rahim;
~ palsu keadaan wujudnya tanda-tanda kehamilan seperti tidak datang haid dan perut yang membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon;
penghamilan perihal menghamilkan.