berhamburan
1. bertaburan merata-rata (ke sana sini): padi ~ dari guni yang bocor;
2. berselerak, berserak-serak, bersepah-sepah;
3. [kiasan] bercucuran, berderai-derai (air mata):
ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yang ~;
menghamburi menaburi, menyebar pada:
setelah mayat dimakamkan kubur pun dihamburi bunga;
menghamburkan
1. menaburkan, menebarkan, menyebar(kan):
ia ~ pasir dalam lori ke atas tanah yang sedang ditambak;
~ jala;
2. membuang-buang, memboroskan (wang dan lain-lain):
kerjanya ~ wang sahaja;
3. mencurahkan, mengeluarkan (dengan banyak):
~ air mata;
~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dengan banyak (memarahi dan lain-lain);
terhambur tertabur, tersebar, terselerak:
apabila ruangan debunga pecah debunganya pun ~ keluar;
hamburan sesuatu yang dihamburkan;
penghamburan perihal (perbuatan dan sebagainya) menghamburkan:
~ perasaan.