menghambat menahan, menghalang, menyekat, merintangi:
pertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun;
kapal perang itu telah ~ pelayaran kami;
Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yang dikaitkan dengan kemajuan juga dibendung oleh hukum-hukum alam yang mengikut kehendak Allah;
terhambat terhalang, tertahan:
keindahan alam tidak dapat dilihat kerana ~ oleh kabut yang tebal;
hambatan
1. halangan, rintangan, sekatan:
halangan dan ~ yang mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu;
2. penghalang, pengempangan (kayu dan lain-lain);
penghambatan perihal atau perbuatan menghambat, penghalangan, perintangan;
penghambat sesuatu yang menghambat, penghalang, perintang, penyekat.
berkongsi